Anak Sungai Derhaka

Anak Sungai Derhaka


Selamatkan Malaysia: Lebih 1,000 Ahli UMNO Pagoh Mahu Najib Undur..

Posted: 18 Mar 2016 06:20 AM PDT


Pada hari sama Tun Dr Mahathir Mohamad merayu anggota Umno mengemukakan usul tidak percaya kepada presiden parti itu, di Pagoh lebih 1,000 tandatangan diturunkan untuk menyokong Deklarasi Rakyat.

Dengan slogan Selamatkan Malaysia, Deklarasi Rakyat itu dibuka untuk delegasi ahli Umno yang menghadiri mesyuarat cawangan dalam bahagian Pagoh hari ini.

Perasmian mesyuarat itu dilakukan Tan Sri Muhyiddin Yassin, diadakan di Kompleks Pekembar tengah hari tadi.

Tandatangan itu kemudian diserahkan kepada Muhyiddin - bekas timbalan perdana menteri dan timbalan presiden Umno yang sedang digantung tugasnya.

Difahamkan sejumlah 1,052 tandatangan dikumpul sebagai simbolik menyokong desakan terkandung dalam deklarasi berkenaan.

Kali pertama Deklarasi Rakyat dibacakan kepada umum adalah pada 4 Mac lalu diketuai Dr Mahathir.

Antara lain ia menuntut supaya Datuk Seri Najib Razak berundur daripada kerajaan dan rakyat bersatu menyelamatkan Malaysia dengan membuka jalan melakukan reformasi terhadap proses demokrasi, memulihkan prinsip pengasingan kuasa di antara eksekutif, legislatif dan kehakiman.

Menurut sumber, tandatangan di kalangan ahli Umno Pagoh itu dikumpul kira-kira sejam.

Difahamkan, tandatangan menyokong Deklarasi Rakyat juga dikumpul semasa mesyuarat tahunan cawangan di bahagian Jerlun semalam.

Umno Jerlun kini diketuai Datuk Seri Mukhriz Mahathir.

Sementara itu Dr Mahathir - melalui surat terbukanya - menyeru ahli Umno di seluruh negara berpakat mengemukakan usul tidak percaya kepada Najib untuk menyelamatkan parti itu tanpa menunggu pilihan raya umum akan datang.

"Kita tidak boleh tunggu PRU14 (pilihan raya umum ke-14) kerana Umno yang dipimpin oleh Najib tetap akan kalah. Sekali Umno kalah ia tidak dapat dipulih semula," tulis perdana menteri selama 22 tahun itu lapor Malaysiakini




Mat Rempit Serbu Pejabat Mahathir..

Posted: 18 Mar 2016 01:37 AM PDT


Hampir 40 buah motosikal hari ini menyerbu pejabat bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad di Yayasan Kepimpinan Perdana, Putrajaya selepas solat Jumaat hari ini.

Kehadiran mereka itu bagi memberi sokongan kepada ‎program Penyerahan Memorandum Menolak Deklarasi Rakyat oleh Tun Dr Mahathir Mohamad Bersama Pakatan Pembangkang terus ke tangan Mahathir di Yayasan itu petang ini.

Program ini dianjurkan oleh beberapa NGO, yang dipercayai NGO pro kerajaan.

Sementara itu, menurut salah seorang penunggang motosikal yang ditemui Sinar Online hari ini menyatakan bahawa dia datang dari Gombak.

"Adalah dalam 40 buah motor bang," katanya kepada Sinar Online hari ini. 

Dalam pada itu, menurut pegawai Yayasan Kepimpinan Perdana menyatakan Mahathir tiada di pejabatnya lapor Sinar Harian

Menurut laporan dari The Malay Mail Online pula...

PUTRAJAYA, March 18 ― There is a sense of trouble at Tun Dr Mahathir Mohamad's office here as it can be seen guarded by police, as hundreds of "mat rempit" and Red Shirt supporters gathered today to hand over a memorandum protesting the former Umno president's alliance with the DAP. 
It was initially thought that the movement leader, Datuk Jamal Md Yunos, would hand over the protest note to the former prime minister in a quiet and peaceful affair, but more and more Red Shirt supporters have turned up, some coming on bikes and the rest ferried in busses. 
Jamal, who is Umno Sungai Besar chief, has yet to show up. While the crowd of Red Shirt supporters waited, packages of drinks, buns and mixed rice were handed out from a truck. 
Staff of the Perdana Leadership Foundation, an anti-war foundation Dr Mahathir set up after he retired as prime minister, have sealed the entrance of the office. Police personnel have formed a human barricade behind the gates ~ MMO

Ada makan-makan?.. dari mana datang dana untuk makan dan minum tu?.. jatuh dari langit ke?



Dunhill Tutup Kilang Di PJ Kerana Rokok Haram

Posted: 17 Mar 2016 09:01 PM PDT


Syarikat pengeluar rokok utama British American Tobacco (BAT) akan menutup kilangnya di Petaling Jaya.

Operasinya dikecilkan secara berperingkat sebelum penutupan pada 2017, menurut syarikat itu dalam pengumuman kepada Bursa Malaysia semalam.

Katanya, keputusan itu terpaksa diambil susulan kenaikan jualan rokok haram.

Penutupan kilang itu akan menjejaskan 230 pekerja. Mereka bagaimanapun diberi manfaat pemberhentian kerja dan pilihan untuk menjalani program pertukaran kerja.

BAT, pengeluar Dunhill, Peter Stuyvesant and Pall Mall, berkata akan mendapatkan bekalan rokok daripada syarikat-syarikat Kumpulan BAT di rantau ini lapor MalaysiaKini



-------------------------------------------------------------------------------

Jom berjuang bersama rakan bloggers di Facebook!

Tunjukkan sokongan anda! Sila Like.

No comments:

Post a Comment

Marilah rakyat Malaysia, berikan pendapat anda supaya anda boleh meluahkan apa yang anda fikirkan kepada semua.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...