Anak Sungai Derhaka

Anak Sungai Derhaka


Sudahkah Mahathir Pulangkan RM100 Billion Aset UMNO? Soal Raja Petra

Posted: 19 Mar 2016 08:00 AM PDT


Bekas presiden UMNO, Tun Dr Mahathir Mohamad dicabar supaya menjelaskan mengenai aset RM100-RM200 bilion milik UMNO dan sudahkan aset ia dipulangkan kepada parti itu.

Blogger politik, Raja Petra Kamarudin menuduh Mahathir menukar parti Melayu itu daripada sebuah parti politik kepada syarikat korporat selepas pendaftaran parti itu dibatalkan dan dibentuk semula akibat perebutan kuasa Mahathir-Razaleigh pada penghujung 1980an.

Raja Petra membuat tuduhan itu dalam tujahannya terhadap Mahathir, yang mengerakkan kempen menjatuhkan Presiden UMNO dan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak, selepas berjaya mengulingkan penggantinya, Tun Abdullah Ahmad Badawi.



Kempen Mahathir itu menyorot perhatian ke hal kewangan syarikat berkaitan kerajaan, 1MDB, dengan penekanan kepada deposit US$600 juta dalam akaun peribadi Najib yang menurut pemerintah sebenarnya derma politik dari Arab Saudi untuk pilihan raya umum 2013.

RPK dalam tujahannya berkata bekas perdana menteri itu telah berbohong dalam surat terbukanya kepada ahli-ahli UMNO minggu lalu, dalam cubaan menarik sokongan mereka untuk menjatuhkan Najib.

Beliau berkata Mahathir tidak menceritakan sepenuh kebenaran dan berbohong untuk mengambil kesempatan diatas generasi muda yang tidak arif akan sejarah UMNO dan dirinya.

Beliau berkata UMNO dihimpit masalah kewangan akibat daripada pembatalan pendaftaran parti itu oleh mahkamah selepas Tengku Razaleigh Hamzah hampir menumpaskan Mahathir dalam pemilihan parti 1987.

"Semua aset UMNO dibekukan dan banyak cawangan dan bahagian UMNO disaman oleh bank. Menjelang pilihan raya umum 1990, UMNO tidak berduit dan terpaksa merayu sumbangan daripada tauke-tauke kaya dan ahli-ahli perniagaan," kata Raja Petra.

"Tentu sekali sumbangan itu bukan seikhlas hati," tegasnya dan parti itu membalas 'kemurahan hati' penderma dengan konsesi dan kontrak melalui penswastaan aset kerajaan, pemberian permit dan cara lain.

"Bermula dari situlah UMNO bertukar daripada parti politik kepada entiti korporat," tulis Raja Petra. Mahathir pada ketika itu memutuskan bahawa UMNO memerlukan berbilion ringgit untuk kempen sekiranya tidak mahu hidup susah.

Turut diputuskan kemewahan UMNO tidak akan dipegang atas nama parti, tetapi atas nama pemegang amanah, penama dan proksi.

Presiden UMNO, timbalan presidennya, bendahari dan beberapa yang lain diberi tanggungjawab untuk menyimpan wang tunai, aset dan pelaburan UMNO atas nama masing-masing, jelas Raja Petra.

Beliau menekankan bahawa penemuan RM2.6 bilion dalam simpanan Najib itu adalah akibat daripada perbuatan Mahathir sendiri.

"Bahkan, Mahathir sebagai seorang penama masih memegang kira-kira RM100-RM200 bilion harta UMNO," kata Raja Petra.

Beliau mencabar Mahathir supaya memulangkan harta itu sebelum mencabar Najib berkenaan RM2.6 bilion yang disimpan dalam akaun peribadi.

Raja Petra berkata "ratusan pemimpin pembangkang tahu perkara ini", dan menamakan Lim Kit Siang, Lim Guan Eng, Datuk Seri Anwar Ibrahim dan Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail antara yang tahu.

Menurut Raja Petra, Kit Siang telah memohon injunksi terhadap United Engineers Malaysia (UEM) pada 1988 apabila syarikat itu, yang merupakan salah-satu daripada proksi atau penama UMNO, diberi kontrak Lebuhraya Utara-Selatan.

"Mereka tahu mengapa RM2.6 bilion dimasukkan ke dalam akaun peribadi Najib dan bukan akaun bank UMNO. Ia kerana sistem yang diperkenalkan Mahathir pada 1998," kata Raja Petra.

"Mereka berpura-pura tidak tahu supaya mereka boleh menjadikan RM2.6 bilion sebagai isu. Rakyat Malaysia termakan penipuan itu bulat-bulat."

Beliau mencabar Mahathir supaya menjelaskan apa jadi dengan aset RM100-RM200 bilion milik UMNO itu dan mengapa ia disimpan atas namanya dan bukan parti.

Raja Petra mencabar bekas pemimpin UMNO itu supaya menunjukkan bukti beliau telah memulangkan harta parti itu kepada parti ~ FMT



Rasuah RM20 Juta, Setiausaha Bahagian Kementerian Ditahan

Posted: 19 Mar 2016 01:30 AM PDT


Seorang setiausaha bahagian di sebuah kementerian penting ditahan, semalam selepas terbabit rasuah yang menyebabkan kerajaan kerugian sehingga 100 juta.

Pengarah Bahagian Siasatan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM), Datuk Mohd Azam Baki, berkata pegawai kerajaan itu direman selama tujuh hari bagi membantu siasatan.

"Sehingga kini, seramai sembilan anggota sindiket ditangkap yang mana terdiri daripada lapan lelaki dan seorang wanita.



"Salah seorang yang ditangkap merupakan pegawai kanan di kementerian berkenaan berjawatan Setiausaha Bahagian dan merupakan 'master mind' dalam sindiket ini dan lapan lagi itu merupakan kontraktor yang terlibat.

"Tangkapan ini dibuat selepas SPRM menjalankan Ops Tiris pada 17 Mac lalu," katanya dalam satu sidang media di SPRM di sini.

Menurut Azam, kesemua yang ditahan itu berusia antara 25 hingga 56 tahun dan ditahan di sekitar Lembah Klang.

Mengulas lanjut, SPRM menjalankan siasatan kegiatan sindiket ini sejak tahun 2010 lagi dan dianggarkan pegawai kanan itu menerima suapan mencecah RM20 juta.

"Pegawai kanan ini telah menerima habuan-habuan daripada pihak kontraktor antaranya rumah, kereta-kereta mewah, pembayaran insuran, unit amanah bernilai jutaan ringgit, penggunaan kemudahan kad kredit dan pengubahsuaian rumah.

"Pegawai kanan ini hidup mewah sehingga mampu membeli jam-jam tangan berjenama, yang satunya daripada mencecah harga tidak kurang daripada RM400,000, barang-barang kemas bernilai RM600,000, 'Beddings' bernilai RM300,000, lukisan bernilai lebih RM60,000, berpuluh-puluh beg tangan berjenama berharga RM400,000 dan pakaian-pakaian berjenama.

"Selain itu dia sering ke luar negara bersama keluarga hingga mampu menggunakan penerbangan 'First Class' setiap seorang," katanya.

Dalam pada itu, Azam berkata, pegawai kanan itu akan disiasat mengikut Seksyen 17 (a) Akta SPRM 2009 dan juga kesalahan penggubahan wang haram mengikut Akta Pencegahan Penggubahan Wang Haram, Pencegahan Pembiayaan Keganasan dan Hasil Daripada Aktiviti Haram 2001.

"Siasatan juga tertumpu kepada bagaimana beliau hidup terlalu mewah. Siasatan akan memanggil saksi-saksi terutamanya daripada kementerian terbabit.

"SPRM akan melihat sistem dan prosedur kementerian yang menyebabkan berlakunya ketirisan dana sehingga menyebabkan kerugian kepada kerajaan," katanya ~ FMT

SPRM Mula Siasat Pembelian Banglo Guan Eng

Posted: 18 Mar 2016 11:04 PM PDT


Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) akan memulakan siasatan berhubung isu pembelian rumah banglo oleh Ketua Menteri Pulau Pinang, Lim Guan Eng pada harga rendah daripada pasaran.

Pengarah Bahagian Siasatan SPRM, Datuk Azam Baki berkata, banyak aduan yang diterima daripada orang ramai berhubung isu berkenaan.

"SPRM akan jalankan siasatan. Kita akan ambil masa untuk jalankan siasatan.



"Lain-lain perkembangan akan kita beritahu kemudian," katanya pada sidang media di sini, Sabtu.

Media pada Jumaat melaporkan Guan Eng didakwa membeli rumah di Jalan Pinhorn, Georgetown di Pulau Pinang dengan harga yang lebih rendah berbanding nilai harga pasaran semasa.

Ditanya jika ada laporan berhubung kes yang sama berkaitan Guan Eng sebelum ini, Azam berkata: "Saya tidak tahu mengenainya. Setakat ini, saya tidak dapat maklumat berhubung perkara itu."

Sebelum ini, SPRM dalam kenyataannya memberitahu pihaknya merakam keterangan pengadu berhubung isu pembelian rumah terbabit yang beralamat di No. 25, Jalan Pinhorn, Pulau Pinang.

"SPRM ingin menjelaskan bahawa kes berkaitan pembelian rumah ini merupakan pendedahan baharu dan SPRM tidak pernah membuka fail sebelum ini.

"Siasatan SPRM sebelum ini hanya berkaitan penyewaan rumah berkenaan dan bukan pembelian," menurut kenyataan itu lapor mStar
-------------------------------------------------------------------------------

Jom berjuang bersama rakan bloggers di Facebook!

Tunjukkan sokongan anda! Sila Like.

No comments:

Post a Comment

Marilah rakyat Malaysia, berikan pendapat anda supaya anda boleh meluahkan apa yang anda fikirkan kepada semua.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...