Anak Sungai Derhaka

Anak Sungai Derhaka


Luahan Seorang Bangla Dalam Isu Bawa Masuk 1.5 Juta Bangla... (Video Inside)

Posted: 02 Mar 2016 07:01 AM PST


Pada 25 Jun lepas, Ahmad Zahid yang juga Menteri Dalam Negeri dilaporkan berkata sebanyak 1.5 juta pekerja dari Bangladesh akan dibawa ke Malaysia secara berperingkat dalam tempoh tiga tahun bagi memenuhi permintaan majikan daripada pelbagai sektor.

Beliau juga dilaporkan berkata usaha untuk membawa masuk pekerja asing dari Bangladesh sebanyak 1.5 juta orang itu hanya akan dilakukan selepas menghantar pulang pekerja asing tanpa izin yang berada di negara ini.

Malangnya tindakan tersebut telah dipersoalkan oleh pelbagai pihak antaranya Kongres Kesatuan Sekerja Malaysia dan Persekutuan Majikan Malaysia (MEF) serta Pembangkang dan juga Netizens yang tidak makan dedak.

Setiausaha Agung MTUC menegaskan ini bertentangan dengan objektif Rancangan Malaysia ke-11 (RMK11) iaitu mengurangkan kebergantungan pekerja asing berkemahiran rendah.

"Adakah ini sesuai? Apabila kita mendapat kemerdekaan, kedudukan kita dengan Singapura ataupun Korea tiada beza. Tapi lihat di mana tahap Malaysia sekarang?" Soal beliau..

Pengarah Eksekutif Persekutuan Majikan Malaysia (MEF) Datuk Shamsuddin Bardan turut sependapat, mengatakan peluang pekerja tempatan akan lebih terjejas dengan kemasukan pekerja asing di negara ini.

"Sebenarnya kalau kita lihat pada tahun ini, pasaran kerja memang agak lembap. Ini kita ketahui kerana terutamanya di sektor awam, kerajaan ada polisi tidak mengambil pekerja baharu,"

Biarpun mendapat bantahan Kerajaan meneruskan juga rancangan tersebut dengan menandatangani MOu dengan Kerajaan Bangladesh..

Bagaimanapun dalam cubaannya untuk memperbodohkan rakyat Menteri Sumber Manusia, Datuk Richard Riot menyangkal dakwaan bahawa negara ini akan membawa masuk 1.5 juta pekerja Bangladesh.



Setelah itu.. tiba-tiba pula Zahid Hamidi mengumumkan Kerajaan menangguhkan cadangan membawa masuk lagi 1.5 Juta Bangla tersebut..

Malangnya pihak Kerajaan Bangladesh menafikan pengumuman Zahid itu, mereka mengangggap kenyataan Zahid itu sekadar untuk meredakan kemarahan rakyat..

Nampaknya bukan sahaja rakyat Malaysia mempertikaikan usaha Zahid untuk membawa masuk 1.5 Juta Bangla itu.. malah rakyat Bangladesh yang berada di negara kita ini turut mempersoalkannya..

Lihat video di bawah ini..


BIADAP ~ Bangla kata Najib Razak BxDxH
BIADAP ~ Bangla Kata Government Najib Razak Bodoh- Yg Lama Pun Tak Ada Kerja Lagi Mau Angkat Yang Baruvisit & like Informasi Malaysia Kinimore@ Amboi Media Network
Posted by Informasi Malaysia Kini on Tuesday, March 1, 2016

Najib Akan Musnahkan Negara, Kata Pemimpin Belia

Posted: 02 Mar 2016 04:30 AM PST


Kepimpinan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak akan memusnahkan negara ini untuk generasi akan datang, kata sekumpulan pemimpin belia.

Kumpulan itu yang memperkenalkan diri sebagai Challenger - singkatan dalam bahasa Inggeris yang bermaksud "perubahaan yang diterajui generasi muda" menggariskan beberapa alasan berhubung pendirian mereka tersebut.

"Kami, para pemimpin belia Malaysia, telah hilang kepercayaan terhadap Najib dan sekutu-sekutunya, kerana tindakan mereka telah menjejaskan negara dan akan mengorbankan masa depan Malaysia.

"Cinta kami kepada Malaysia tidak berbelah bahagi. Justeru, adalah menjadi tanggungjawab kami untuk bersuara terhadap mereka yang menghancurkan negara tercinta ini...

"Kami tidak akan menutup mulut sedangkan masa depan kami sedang dirompak," kata seorang jurucakap Challenger, Syed Saddiq Syed Abdul Rahman dalam satu kenyataan hari ini.

Syed Saddiq adalah seorang pendebat pada peringkat antarabangsa.

Kenyataannya itu disokong oleh bekas pemimpin pelajar Universiti Tun Hussein Onn Malaysia, Abdul Hannaan Khairy; bekas pemimpin pelajar Universiti Malaysia Pahang, Abdul Naem Suhaimi dan Qamarudin Mohd Fauzi serta Naib Presiden Majlis Debat Australasia Amshar Aziz.

Turut menandatangani kenyataan itu adalah bekas pemimpin pelajar dari Universiti Malaysia Terengganu, Helmi Muktar; Muhammad Khairudden Sulaiman dari Universiti Malaysia Perlis; Affendy Mohd Saleh, Universiti Teknikal Malaysia Melaka; Muhammad Zulfiqar Mustapar, Universiti Pertahanan Nasional Malaysia dan bekas presiden persatuan undang-undang, Universiti Islam Antarabangsa Malaysia, Fadhli Umar.

Juga menyokong kenyataan itu adalah pengerusi Majlis Asia BP, Ameera Natasha Moore, aktivis pelajar, Azzan Aznan Abdul Rahim; penasihat Majlis Penasihat Belia, Hafidzi Razali, pengasas Persatuan Pemuda Puteri Malaya Bersatu (Perimau), Mohd Ridhwan Othman dan pengasas bersama Rakyat Malaysia Progresif di UK (MPUK) James Chai dan Mukhzani Ali.

Antara alasan hilang kepercayaan mereka terhadap Najib adalah terpalit dengan dakwaan salah urus 1MDB, pemecatan bekas Peguam Negara Tan Sri Abdul Gani Patail dan penggunaan Akta Kesalahan Keselamatan (Langkah-Langkah Khas ) (Sosma) terhadap Datuk Seri Khairuddin Abu Hassan dan peguamnya, Matthias Chang.

Turut dijadikan alasan adalah pemecatan pengkritik Najib, Tan Sri Muhyiddin Yassin, Datuk Seri Shafie Apdal dan Datuk Seri Mukhriz Mahathir daripada jawatan dalam kerajaan, serta sekatan media di The Edge, Sarawak Report, Medium.com dan The Malaysian Insider ~ MalaysiaKini


Ahmad Bashah Kena BOOO! Dengan Penyokong Kedah di Stadium Darulaman

Posted: 02 Mar 2016 12:08 AM PST


Kata orang, buat baik dibalas baik, perbuatan jahat akan dibalas dengan jahat. Mungkin itu yang terjadi pada Dato Seri Ahmad Bashah semalam.

Setelah beliau menjawat jawatan sebagai MB Kedah dan ini kali pertama beliau pergi ke Stadium, dan beliau di BOO lebih 17 ribu penyokong Kedah di Stadium Darulaman.

Sambutan peminat dan penyokong bola diantara MB lama Dato Seri Hj Mukhriz Mahathir dengan MB rampasan kuasa Ahmad Bashah, amatlah berbeza.

Jika dulu MB lama (MB Kedah yang sah) disambut dengan sorak dan tepukan, MB baru (MB rampasan kuasa) diboo oleh penyokong Kedah di Stadium.

Bukan sekali atau dua kali, tapi setiap kali nama Ahmad Bashah disebut. penyokong Kedah akan menghadiahkan BOOO.

Paling teruk pada minit ke 2.13 hingga 2.31, boleh lihat pada video dibawah.



Selesai perlawanan, penyokong Kedah tunggu di depan Astaka Utama dan menghadiahkan BOOO.. buat kali terakhir pada Ahmad Bashah. Kena lagi?



Pertama kali dalam sejarah MB Kedah diperlakukan demikian. Maluu maluu.. Rakyat dah bijak menilai, berani buat, berani tanggunglah.

Jangan ingat rakyat Kedah lupa perbuatan yang telah anda lakukan..

Sumber dari SINI

Mat Sabu Buka Pintu AMANAH Untuk 'Kepala Perompak'?

Posted: 01 Mar 2016 10:00 PM PST


Jatuh ba­ngun, naik dan turun, dikritik dan dikecam, di­sanjung dan dikeji adalah perkara biasa bagi seseorang pemimpin politik.

Ini lumrah dan asam garam dalam dunia politik, memandangkan 'falsafah unggul' dunia tersebut ialah 'tiada musuh dan kawan yang kekal'.

Musuh boleh menjadi kawan, kawan boleh menjadi musuh. Hari ini bergaduh, esok boleh bersalam, di depan bersalam, di belakang menikam. Inilah politik...

Dulu Mahathir ini pernah digelar sebagai 'Bapa Perosak Negara' sebab di era pemerintahannya selama 22 tahun.. kewibawaan SPR hilang, kewibawaan kepolisian hilang, kewibawaan kehakiman hilang, semua institusi hilang keintegeritinya .. sebab penguasan kuasa politik pemerintah menguasai semua jabatan.

Pegawai-pegawai kerajaan di brainwash otak mereka. mempertahankan UMNO adalah tugas pegawai-pegawai kerajaan ..

Selain 'Bapa Perosak Negara'.. Mahathir juga telah digelar sebagai 'Kepala Perompak'..

Kedua-dua gelaran tersebut telah diberikan oleh Mat Sabu kepada Mahathir dalam beberapa ceramah.. antaranya ceramah dalam video di bawah ni..



Tapi.. itu semua dulu.. dulu semasa Mahathir masih bersama UMNO.. sekarang dia dah keluar UMNO.. jadi dia mungkin dah 'Suci' kot.. he..he..

Laporan berkaitan..

Selepas Tun Dr Mahathir Mohamad mengumumkan pengundurannya daripada Umno, Parti Amanah Negara (Amanah) "membuka pintu" kepada bekas perdana menteri itu dan mana-mana pihak bagi mengadakan sebarang rundingan atau menjalin kerjasama bersama mereka, lapor Utusan Malaysia. 
Menurut Presiden Amanah Mohamad Sabu, tindakan Dr Mahathir meninggalkan Umno demi menyelamatkan Malaysia daripada pentadbiran Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak merupakan satu perkara serius. 
Mohamad yang lebih dikenali dengan Mat Sabu berkata, jalinan kerjasama antara Amanah dan pengkritik utama Najib itu boleh dizahirkan menerusi penyertaan dalam pelbagai perkara termasuk kenyataan bersama, perhimpunan dan sebagainya. 
"Kita bersama, bersedia bekerjasama dengan semua pihak termasuk Dr Mahathir. Rancangan itu sedang dibincangkan dan kita akan umumkan tentang program-program tersebut dari semasa ke semasa. 
"Cuma saya minta pihak Dr Mahathir dan lain-lain untuk umumkannya dan kita akan bincang perkara ini dari semasa ke semasa, sama ada perlu hadir atau membuat kenyataan secara bersama," katanya seperti dilaporkan The Malaysian Insider

Betullah.. Dalam politik..Musuh boleh menjadi kawan, kawan boleh menjadi musuh. Hari ini bergaduh, esok boleh bersalam, di depan bersalam, di belakang menikam.

Lain kali jangan label orang ikut sedap mulut saja...

Muhyiddin Mungkin Tak Keluar UMNO Sebab Skandal '1BestariNet'.. Tapi Penyokong-penyokong Dia Ni?

Posted: 01 Mar 2016 08:00 PM PST


Kalau Muhyiddin tu mungkin takut 'Skandal' dia didedahkan kalau keluar UMNO.. tapi penyokong-penyokong dia ni entah apa kepentingan yang mereka ada dalam UMNO itu tak tahulah aku..

Setakat kibar bendera separuh tiang sebagai tanda protes ni.. tak payahlah.. buang masa saja.. Najib sikitpun tak hairan laaa..

Muhyiddin menurut beberapa orang sahabat aku dari UMNO, diyakini mereka tidak akan keluar dari UMNO sebab '1BestariNet'.. dia berani keluar UMNO dan kutuk UMNO dari luar.. segala yang berkaitan dengan Skandal '1BestariNet' itu akan dibongkar..

Sikit info pasal '1BestariNet' ni..

Laporan telah dibuat kepada SPRM sejak Julai tahun lalu untuk menyiasat kegagalan projek runding terus 1BestariNet yang bernilai RM663 juta yang diluluskan Muhyiddin selaku Menteri Pendidikan.

Menurut laporan PAC (Jawatankuasa Kira-Kira Wang), phasa pertama projek ini yang dah perhabis RM663 juta adalah satu kegagalan. 

Fasa Kedua dan Ketiga melibatkan kos melebihi RM1 Billion..

1BestariNet adalah projek inisiatif Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) yang dilaksanakan dengan kerjasama YTL Communications.

Ada pihak mendakwa ada penglibatan menantu Muhyiddin dalam pembabitan projek ini. YTL pula sudah diketahui umum YTL adalah syarikat kroni kepada Dr Mahathir.

Tu serba sikit tentang '1BestariNet'.. berikut adalah laporan tentang penyokong-penyokong Muhyiddin tu..

PETALING JAYA: Penyokong Tan Sri Muhyiddin Yassin didakwa mengibarkan bendera separuh sebagai protes penggantungan belaiu sebagai Timbalan Presiden UMNO. 
Tindakkan itu dipercayai dilakukan di beberapa kawasan UMNO Johor, ekoran masih belum dapat menerima hakikat Muhyiddin yang sebelum ini digugurkan jawatan sebagai Timbalan Perdana Menteri, dan kini hanya ahli biasa di dalam parti Melayu itu. 
Bekas Naib Ketua Pemuda Setiawangsa, Shahbudin Husin berkata, tindakan itu dipercayai dilakukan kerana membayangkan UMNO 'sudah mati'. 
"Ia bukan saja sebagai tanda sokongan berterusan kepada Muhyiddin Yassin, malah juga membayangkan seolah-olah UMNO "sudah mati" di hati mereka," tulisnya di bolognya shahbudindotcom.blogspot.my. 
Mengibarkan bendera separuh tiang kebiasaannya sebagai tanda penghormatan, berkabung, atau kemalangan. 
Sebelum ini, beberapa kawasan UMNO di Kedah bertindak mengibarkan bendera Barisan Nasional (BN) secara terbalik bagi menzahirkan rasa tidak puas hati mereka terhadap keputusan pimpinan UMNO khususnya Datuk Seri Najib Tun Razak lapor FMT

Tu antara sebab pemimpin UMNO yang dah termakan dedak tak berani keluar UMNO walau apa jadi sekalipun..keluar saja habis semua skandal terbongkar..

Dengar cerita dari Johor, sudah ada pihak yang akan tampil untuk mendedahkan beberapa projek misteri ketika Muhyiddin menjadi Timbalan Perdana Menteri.. kita nantikanlah..


-------------------------------------------------------------------------------

Jom berjuang bersama rakan bloggers di Facebook!

Tunjukkan sokongan anda! Sila Like.

No comments:

Post a Comment

Marilah rakyat Malaysia, berikan pendapat anda supaya anda boleh meluahkan apa yang anda fikirkan kepada semua.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...