Anak Sungai Derhaka

Anak Sungai Derhaka


Songlap Lebih RM100 Juta: KJ Perlu Bertanggungjawab..

Posted: 20 Mar 2016 06:04 AM PDT


Menteri bertanggungjawab disaran tampil memberikan kenyataan bagi menjelaskan status sama ada kejadian penyelewengan berlaku secara berleluasa atau tidak di peringkat kementeriannya selepas pendedahan mengejutkan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM).

Pengarah Komunikasi KEADILAN, Fahmi Fadzil, berkata saranan itu perlu memandangkan spekulasi kian diperkatakan kerana ia melibatkan penganjuran aktiviti dan penyelewengan lebih RM100 juta.

"Saya harap menteri yang menjaga kementerian itu boleh mengeluarkan kenyataan sama ada isu ini berleluasa dalam kementerian beliau atau insiden 'one off' kerana ramai yang bertanya dalam laporan media.

"Untuk menghentikan spekulasi dalam kalangan umum saya rasa eloklah menteri dalam kementerian itu mengeluarkan kenyataan untuk memberikan penjelasan," katanya.

Beliau berkata demikian ketika diminta mengulas mengenai laporan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) berhubung penahanan seorang setiusaha bahagian sebuah kementerian yang disyaki terlibat dalam sindiket penyelewengan dana Kerajaan Persekutuan lebih RM100 juta.

SPRM menerusi laporan media hari ini menjelaskan individu itu disyaki menjadi 'master mind' dalam memberikan arahan kepada salah sebuah agensi kementerian untuk membuat bayaran kepada 14 syarikat kontraktor bagi tujuan menjayakan program yang tidak wujud.

Kekayaan luar biasa milik kakitangan itu mengejutkan ramai pihak dan SPRM tidak menolak kemungkinan ia sudah berlaku sejak sekian lama.

Fahmi berkata pihaknya mengalu-alukan siasatan SPRM terhadap semua kementerian bagi membenteras aktiviti penyelewengan dan membawa mereka ke muka pengadilan jika terdapat unsur rasuah.

"Dialu-alukan tindakan SPRM menyiasat dan menangkap mereka yang didakwa terlibat dalam insiden rasuah seperti ini. Saya percaya ramai rakyat Malaysia mendambakan usaha SPRM untuk diteruskan tanpa rasa takut kepada mana-mana pihak," katanya ~ SelangorKini



Oh! Pegawai Dari KBS Rupanya Yang Songlap RM100 Juta Tu..

Posted: 20 Mar 2016 01:30 AM PDT


Penahanan pegawai Kementerian Belia dan Sukan (KBS) menimbulkan persoalan tata kelola dana jabatan kerajaan diuruskan, lapor akhbar Malay Mail hari ini.

Suspek berusia 56 tahun yang menjadi dalang menggelapkan kira-kira RM100 juta dana kementerian sejak enam tahun lalu ditahan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) di rumahnya di Kajang pada Jumaat.

SPRM menyita beberapa barangan termasuk 12 kenderaan antaranya Audi, Mercedes Benz, Nissan GTR dan Toyota Vellfire.



Antara barang mewah lain yang dibeli dengan dana gelap tersebut ialah jam berjenama Richard Mille (RM400,000), 40 beg tangan berjenama termasuk jenama Hermes (RM400,000), set cadar mewah (RM300,000), dan barang kemas termasuk cincin mutiara Cartier bernilai RM600,000.

Barangan yang disita berjumlah RM20 juta, sementara wang di dalam 69 akaun bank berjumlah RM8.33 juta dibekukan.

Lapan kontraktor termasuk seorang wanita ditahan kerana didakwa bersubahat dalam kes itu.

Pengarah Siasatan SPRM Datuk Azam Baki berkata dana itu disalurkan melalui Majlis Sukan Negara (MSN) dan bayaran dibuat kepada 14 syarikat yang dimiliki kontraktor dan RM14 juta kepada akaun peribadi suspek.

Azam berkata suspek sudah menyalah guna dana sejak 2010.

"Tetapi dia mungkin melakukan perkara itu lebih awal melihat penglibatannya dalam KBS sejak 1998 dan memegang jawatannya sejak lapan tahun lalu," katanya.

Menjelaskan modus operandi, Azam berkata penjawat awam itu akan memastikan bayaran dari MSN disalurkan kepada syarikat untuk projek atau penganjuran program kementerian.

"Tapi sebenarnya, projek itu tidak dijalankan. Dalam sesetengah keadaan, projek tidak wujud tetapi wang dibayar," katanya.

Kes disiasat di bawah Seksyen 17(a) Akta SPRM 2009 dan Akta Pencegahan Penggubahan Wang Haram. Kesemua sembilan suspek direman seminggu ~ MMO

Inilah dikatakan kepimpinan melalui tauladan.. pemimpin UMNO yang sorang tu kan suka pakai barang-barang mewah.. jadi dia ni ikutlah..



Jamal Yunos Buat Kerja Tak Berfaedah, Buang Masa - Ali Tinju

Posted: 19 Mar 2016 10:26 PM PDT


Musuh ketat Datuk Jamal Yunos, Mohd Ali Baharom atau Ali Tinju memperlekeh himpunan yang dibuat Ketua UMNO Bahagian Sungai Besar di hadapan pejabat Tun Dr Mahathir Mohamad pada Jumaat lalu.

Katanya, Jamal tidak layak mendakwa mengetuai NGO UMNO membuat himpunan Jumaat lalu kerana beliau hanyalah seorang Ketua UMNo Bahagian.

"Himpunan itu atas kapasiti beliau sebagai ketua bahagian bukan mewakili NGO pro-UMNO. Ali Tinju yang juga Ketua Gerakan Merah berkata, perbuatan Jamal dan kumpulan NGO pro-UMNO itu tidak berfaedah dan membuang masa.

"Kami Gerakan Merah yang disahkan pertubuhan membersih nama Melayu Malaysia tidak akan membuat kerja-kerja tidak berfaedah seperti yang dilakukan Jamal.

"Kami ada cara kami untuk menyuarakan pandangan, jika keterlaluan barulah kami akan membuat bantahan di hadapan pejabat Perdana Menteri supaya Perdana Menteri arahkan jawatankuasa yang menjaga Yayasan Kepimpinan Perdana untuk Tun Mahathir mengosongkan yayasan itu.

"Tun Mahathir adalah macai dan barua DAP untuk menjatuhkan kuasa Presiden parti dan Perdana Menteri. Tun seolah-olah ingin membunuh Perdana Menteri, kuasa Datuk Seri Najib, sedangkan Datuk Najib tidak pernah berdendam dengan Tun Mahathir," katanya kepada FMT.



-------------------------------------------------------------------------------

Jom berjuang bersama rakan bloggers di Facebook!

Tunjukkan sokongan anda! Sila Like.

No comments:

Post a Comment

Marilah rakyat Malaysia, berikan pendapat anda supaya anda boleh meluahkan apa yang anda fikirkan kepada semua.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...