Anak Sungai Derhaka

Anak Sungai Derhaka


Muhyiddin Kata Dia Tak Makan Dedak.. Err.. Macam Yang Ada Dalam UMNO Tu..

Posted: 22 Mar 2016 12:29 AM PDT


Tan Sri Muhyddin Yassin mendedahkan beliau ditawarkan jawatan penting selepas dipecat Timbalan Perdana Menteri dan digantung Timbalan Presiden UMNO.

Katanya, beliau ditawarkan jawatan Yang di-Pertua Pulau Pinang dan Pengerusi Permodalan Nasional Berhad (PNB).

"Saya dapat membayangkan Ketua Menteri Pulau Pinang, Lim Guan Eng di hadapan saya, melutut dan sembah.

"Kadang-kadang saya terfikir, kenapa saya bodoh dan tidak menerima tawaran ini. Ada orang berpendapat, saya patut ambil RM1 billion dan duduk diam," katanya di hadapan lebih 1,000 hadirin di Dewan Orang Ramai Dewan Kg Sungai Ampat, malam tadi.

Muhyiddin bagaimanapun mengakui beliau terpaksa menolak semua tawaran itu kerana tidak sanggup mengorbankan prinsip perjuangan.

"Saya tolak tawaran ini kerana ia melibatkan maruah, Jika saya terima, bermakna saya makan dedak (seseorang yang boleh dibeli). Rakyat akan kata Muhyiddin orang nombor satu yang makan dedak.

"Saya tidak boleh mengorbankan prinsip perjuangan," tegasnya.

Muhyiddin dipecat daripada Kabinet pada Julai tahun lalu dan digantung Timbalan Presiden UMNO pada bulan lalu gara-gara kritikannya terhadap kepimpinan Datuk Seri Najib Tun Razak melibatkan isu 1MDB dan dana RM2.6 billion.

Beliau antara pemimpin UMNO yang menandatangani Deklarasi Rakyat diketuai Tun Dr Mahathir Mohamad bagi mendesak Najib meletak jawatan ~ FMT



Jangan Kaitkan Ritual ‘Raja Bomoh’ Dengan Islam – Mufti Perlis

Posted: 21 Mar 2016 09:38 PM PDT


Masyarakat bukan Islam dinasihat tidak mengaitkan upacara ritual Datuk Mahaguru Ibrahim Mat Zin atau 'Raja Bomoh' bagi 'memulihkan' cuaca panas yang sedang melanda negara menggunakan buah tembikai dengan Islam.

Mufti Perlis, Datuk Dr Mohd Asri Zainul Abidin berkata, di samping ayat al-Quran yang dibaca oleh Ibrahim itu sendiri tidak betul sebutannya, ia juga adalah tahayul serta tidak diiktiraf oleh Islam.

"Agama Islam tidak membenarkan penganutnya melakukan perbuatan bodoh dan sia-sia.

"Apatah lagi disertakan dengan pembaziran seperti ini. Buah untuk dimakan bukan untuk di bazirkan secara sia-sia," katanya menerusi status di Facebook miliknya semalam.

Menerusi sebuah rakaman video, Ibrahim menggunakan lima biji tembikai diikuti empat orang pengikutnya telah bertindak memecahkan buah berkenaan.

Turut dipaparkan dalam video berdurasi 1 minit 53 saat itu adalah Ibrahim memulakan ritual berkenaan dengan membaca beberapa ayat potongan dari surah Yasin diikuti membaca doa lapor FMT



Jom Belajar Beli Rumah Dari Guan Eng

Posted: 21 Mar 2016 05:30 PM PDT


KISAH pembelian rumah banglo oleh Ketua Menteri Pulau Pinang, Lim Guan Eng antara berita paling panas pada minggu ini. Daripada penjelasan yang diberikan oleh Setiausaha Agung DAP itu, jelas menunjukkan bahawa beliau sekadar terbabit dalam satu urus niaga pembelian rumah yang menguntungkannya.

Apa tidak untungnya apabila sebuah banglo di Jalan Pinhorn, George Town yang harga pasaran bernilai lebih RM6 juta hanya dibeli oleh Guan Eng pada harga RM2.8 juta.

Walau apapun kisah di sebalik pembelian unit banglo itu, nyata, Guan Eng seorang Ketua Menteri yang bijak dalam berbelanja dan bijak membuat keputusan sebab itu beliau berjaya membeli sebuah banglo yang harganya jauh lebih rendah daripada harga pasaran.



Ketika pasaran hartanah di Pulau Pinang melambung tinggi, ketika rumah di Pulau Mutiara itu harganya melangit, sudah tentu kemampuan Ketua Menteri membeli rumah di bawah harga pasaran boleh dicontohi oleh rakyat negeri itu.

Pada masa ini untuk mendapatkan rumah yang murah di Pulau Pinang sangatlah sukar. Malah, permohonan Perumahan Rakyat 1Malaysia (PR1MA) untuk membina rumah mampu milik untuk rakyat negeri itu punya sukar untuk diluluskan oleh kerajaan negeri kerana nilai hartanahnya yang sangat tinggi.

Disebabkan itu, ramai generasi baharu Pulau Pinang, generasi yang baru berkeluarga ada yang terpaksa membeli rumah di Kulim, di Parit Buntar dan beberapa kawasan lagi di luar Pulau Pinang ekoran kesukaran mendapatkan rumah di Pulau Mutiara itu. Jika ada sekalipun harganya sangat tinggi dan di luar kemampuan.

Namun, sebagai Ketua Menteri yang bijak sana, yang bijaknya melebihi segala pemimpin lain di Malaysia ini, mungkin Guan Eng boleh memperturunkan sedikit skilnya membeli rumah di bawah harga pasaran kepada rakyat Pulau Pinang.

Apa salahnya berkongsi ilmu kerana sudah dua penggal rakyat Pulau Pinang mengangkat Guan Eng dan partinya DAP untuk memerintah negeri itu. Jadi apa salahnya kebolehan Guan Eng membeli rumah jauh lebih murah daripada harga pasaran itu dikongsi untuk kebaikan rakyat Pulau Pinang juga.

Lebih menakjubkan, sebagai Ketua Menteri, Guan Eng juga tidak tahu nilai pasaran hartanah di negeri yang dipimpinnya itu, tetapi pada masa sama masih mampu membeli rumah jauh lebih murah daripada harga pasaran.

Ini sudah tentu satu kebolehan atau satu pencapaian yang tidak dimiliki oleh mana-mana pemimpin lain yang mana ia wajar dikongsi supaya rakyat Pulau Pinang yang terbeban dengan kos rumah yang cukup tinggi juga mampu memiliki rumah jauh lebih rendah daripada harga pasaran seperti mana yang dilakukan oleh Ketua Menteri mereka.

Guan Eng membeli rumah itu daripada pemilik asalnya, Phang Li Koon, pada 21 Oktober 2015 dengan harga RM2.8 juta, sedangkan harga pasaran dikatakan sekitar RM6.5 juta.

Seperti kata Guan Eng, tidak ada apa yang salah dalam pembelian banglo tersebut kerana ia berdasarkan persetujuan bersama kedua-dua belah pihak, walaupun jauh lebih rendah daripada harga pasaran.

Jadi, janganlah kita pertikaikan apa yang dikatakan oleh Guan Eng. Semua itu adalah kerana kebijaksanaan beliau. Lagi pula, Guan Eng tidak tahu harga pasaran terkini banglo tersebut.

Sebagai Ketua Menteri, mana mungkin Guan Eng perlu ambil tahu hal yang berkaitan dengan nilai hartanah di Pulau Pinang. Guan Eng adalah orang politik, bukan ahli perniagaan. Jadi, walaupun menjawat jawatan Ketua Menteri, bukan urusan beliau untuk mengambil tahu akan nilai semasa hartanah di negeri itu.

Lainlah untuk rakyat negeri itu yang mahu membeli rumah. Mereka kenalah ambil tahu supaya dapat membeli rumah sesuai dengan kemampuan mereka.

JIka, rumah di Pulau Pinang mahal-mahal belaka dan di luar kemampuan mereka, boleh belajar dari Guan Eng cara membeli di bawah harga pasaran.

Sebagai pemimpin yang diangkat oleh rakyat, Guan Eng tentunya sedia berkongsi rahsia beliau membeli banglo jauh lebih rendah daripada harga pasaran itu dengan rakyat Pulau Pinang.

Semoga selepas ini bukan Guan Eng seorang sahaja yang dapat membeli rumah di bawah harga pasaran, malah sekalian rakyat Pulau Pinang yang lain juga, terutama yang sangat-sangat memerlukan rumah. Inilah yang dikatakan kepimpinan melalui teladan. - MalaysiaGazette



-------------------------------------------------------------------------------

Jom berjuang bersama rakan bloggers di Facebook!

Tunjukkan sokongan anda! Sila Like.

No comments:

Post a Comment

Marilah rakyat Malaysia, berikan pendapat anda supaya anda boleh meluahkan apa yang anda fikirkan kepada semua.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...