Anak Sungai Derhaka

Anak Sungai Derhaka


Oh!! Patutlah Najib Tak Saman-saman Lagi WSJ...

Posted: 23 Mar 2016 05:30 AM PDT


Setelah minggu berganti minggu, bulan berganti bulan dan tahun berganti tahun.. akhirnya terdedah juga kenapa hingga ke hari ini Najib masih belum saman WSJ yang pada mulanya dikatakan memfintan dirinya tentang RM2.6 Billion itu..

Bukan kerana Najib takut akan terbongkar segala kebenaran.. bukan juga kerana Najib tidak dikenali di Amerika Syarikat seperti yang didakwa Peguam yang mewakilinya..

Bukan kerana Najib tidak akan mendapat ganti rugi lebih tinggi di AS kerana beliau tidak begitu dikenali di sana kononnya...

Tapi.. sebenarnya kerana beliau terlampau penyabar...

KUALA LUMPUR - Isteri Perdana Menteri, Datin Seri Rosmah Mansor akui hairan dengan sikap suaminya yang disifatkan sebagai terlampau penyabar. 
Malah menurutnya, sikap itu boleh disaksikan seluruh rakyat Malaysia. 
"Saya sebagai isteri, hairan macam mana beliau boleh sabar, terlampau sabar. 
"Tapi macam beliau kata, jangan 'cross the line'. Di rumah, saya dan anak-anak selalu pastikan bahawa kami tidak melampaui batasan itu. 
"Agaknya kalau saya dan anak-anak 'cross the line'. Tak tahulah macam mana beliau respons," katanya berseloroh ketika menjadi tetamu program bual bicara Langit Biru, di sini, hari ini. 
Beliau juga sempat bergurau mengatakan, "kalau telinga dia (Najib) sudah merah, ketap gigi...lebih baik kita lari." 
Rosmah turut berkongsi kata-kata Najib kepadanya ketika beliau bertanya tentang pelaksanaan Cukai Barangan dan Perkhidmatan (GST). 
"Saya tanya kenapa buat GST. Beliau cakap, 'saya nak jadi pemimpin yang bertanggungjawab kepada rakyat bukan pemimpin yang populis'," katanya. 
Dalam pada itu, ketika menjawab tentang anasir kebencian yang menular dalam masyarakat hari ini, Rosmah berkata itu budaya yang tidak sihat. 
"Saya rasa ini satu sifat yang harus dihindarkan. Kita harus memupuk semangat positif kemudian kita akan mempunyai minda, sikap dan keluarga yang positif. 
"Memanglah kita ada pendapat yang berbeza tapi itu bukan alasan untuk kita membenci seseorang," katanya lapor Sinar

Kah.. kah.. kah.. penyabarlah sangat..


Mahathir Saman Najib RM2.6 Billion..

Posted: 23 Mar 2016 02:06 AM PDT


Tun Dr Mahathir Mohamad memfailkan saman terhadap Datuk Seri Najib Razak kerana didakwa telah menyalahgunakan kuasanya.

Selain Dr Mahathir, dua lagi individu yang lantang mengkritik Najib, Datuk Seri Khairuddin Abu Hassan dan Anina Saadudin turut dinamakan sebagai plaintif kedua dan ketiga dalam saman itu.

Dalam tuntutan saman itu, Dr Mahathir, Khairuddin dan Anina mendakwa Najib dengan sengaja mengganggu siasatan keatas 1MDB dan syarikat-syarikat berkaitan, RM42 juta daripada SRC International dan derma politik RM2.6 bilion.

Ketiga-tiga plaintif mendakwa Najib menggunakan kedudukannya sebagai Perdana Menteri, Pengerusi Barisan Nasional (BN) dan Presiden UMNO bagi melakukan salah laku berkenaan

Dalam tuntutan saman itu plaintif menyenaraikan kronologi tindakan Najib yang didakwa salah guna kuasa bermula Mac 2015 ketika siasatan dilakukan.

Antaranya, menamatkan lebih awal perkhidmatan bekas Peguam Negara, Tan Sri Abdul Gani Patail; dan mengugurkan Tan Sri Muhyiddin Yassin sebagai Timbalan Perdana Menteri; selain itu turut menafikan haknya berucap pada Perhimpunan Agung UMNO tahun lalu.

"Kita boleh katakan kronologi tersebut telah membawa fakta dan kesimpulan yang menarik iaitu Najib berterusan campur tangan dalam proses undang-undang bagi memastikan segala pihak autoriti yang bertanggungjawab tidak dalam menjalankan tugasnya dalam isu derma RM2.6 bilion dan RM42 juta," kata kenyataan itu.

Mereka juga menyatakan telah terkesan dengan setiap tindakan yang dilakukan oleh Najib.

"Dr Mahathir telah hadir pada Himpunan Bersih 4, yang mana beliau telah membuat kenyataan yang mengkritik Najib. Kemudiannya telah dipanggil oleh pihak polis untuk siasatan kerana didakwa melakukan jenayah fitnah.

"Dia sekali lagi menjadi perhatian pihak polis kerana posting yang dibuat terhadap Peguam Negara, Tan Sri Mohamed Apandi Ali," kata plaintif dalam tuntutan saman itu.

Khairuddin pula telah membuat laporan polis di Perancis, England, Switzerland, Hong Kong dan Singapura berkenaan tuduhan 1MDB dan akhirnya dia dan peguamnya, Matthias Chang didakwa kerana cubaan sabotaj sistem perbankan dan kewangan negara.

Manakala bagi Anina, dia telah disingkirkan dari UMNO kerana tindakannya yang mengambil tindakan undang-undang terhadap Najib tahun lalu.

Dr Mahathir, Khairuddin dan Anina menuntut RM2.6 bilion sebagai ganti rugi teladan dan ganti rugi berpanjangan sebanyak RM42 juta.

Peguam, Haniff Khatri Abdullah yang mewakili ketiga-tiga plaintif berkenaan telah memfailkan saman itu di Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur, pagi tadi.

"Writ saman itu akan diterima oleh peguam Najib (Hafarimzam Wan dan Aisha Mubarak) pada minggu ini," ujarnya lagi.


Ketua Penerangan UMNO Cheras Didakwa Pecah Amanah

Posted: 22 Mar 2016 10:30 PM PDT


Ketua Penerangan Umno Cheras dihadapkan ke Mahkamah Sesyen Kuala Lumpur sebentar tadi atas tuduhan melakukan pecah amanah terhadap akaun semasa Umno cawangannya membabitkan cek bernilai RM4,350 dua tahun lalu.

Zamri Redzuan, 50, mengaku tidak bersalah melakukan perbuatan itu dengan memasukkan cek jumlah tersebut ke dalam akaun peribadinya yang sepatutnya dibayar kepada tukang jahit namun ia tidak dibayar sepenuhnya.

Perbuatan itu didakwa dilakukan di Cheras, dekat sini pada 27 Januari 2014. Pendakwaan dikemukakan oleh Timbalan Pendakwa Raya Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM), Khairul Anuar Wahab mengikut Seksyen 409 Kanun Keseksaan.

Jika disabit dengan kesalahan, Zambri yang juga Ketua Umno Cawangan Jalan Pasar Pudu bakal berdepan dengan hukuman penjara sehingga 20 tahun dengan sebatan dan boleh didenda.

Hakim Mohd Nasir Nordin membenarkan jaminan RM8,000 dan menetapkan 22 April untuk sebutan semula kes lapor SinarHarian



Muhyiddin Dedahkan Najib Bohong Dalam Parlimen Tentang Duit Di Singapura..

Posted: 22 Mar 2016 07:35 PM PDT


Pengkritik sentiasa mempersoalkan sama ada pelaburan AS$1.103 bilion 1MDB di Kepulauan Caymans, syurga kewangan pesisir pantai, yang disimpan di Singapura benar-benar wujud.

Jawapan kerajaan di parlimen kemudian menyatakan ia disalah tafsir sebagai tunai, sebaliknya dalam bentuk "unit".

Bagaimanapun, bagi Tan Sri Muhyiddin Yassin, perkara itu satu masalah dan jika di negara lain perdana menteri boleh disingkir di parlimen kerana "tidak menyatakan dengan betul".

Bekas orang nombor dua kerajaan yang digugurkan selepas lantang mengkritik dalam isu 1MDB itu mendedahkan, beliau pernah membangkitkan perkara itu kepada Datuk Seri Najib Razak sendiri tetapi perkara itu gagal dijawab.

"Dia terdiam. Dia tak jawab dengan saya," katanya dalam wawancara dengan Malaysiakini hujung minggu lalu.

Dalam wawancara di ibu pejabatnya di Kuala Lumpur hujung minggu lalu, Muhyiddin juga mendedahkan dakwaan butiran penjelasan Gabenor Bank Negara Tan Sri Zeti Zeti Akthar Aziz dengannya.

Antara dimaklumkan padanya, dakwa Muhyddin, berhubung "kepincangan" yang berlaku dalam 1MDB, yang melanggar Akta Perkhidmatan Kewangan yang jika sabit kesalahan boleh dihukum maksimum RM50 juta.

Seorang pegawai Bank Negara ketika dihubungi enggan mengulas dakwaan itu atas alasan ia berkaitan dengan politik.

Najib dan 1MDB telah menafikan melakukan sebarang salah laku dan mendakwa terdapat konspirasi untuk menumbangkan perdana menteri.

Tapi apa lagi kata Muhyiddin?

Ikuti sedutan petikan wawancara Malaysiakini dengan timbalan presiden Umno yang digantung tugas itu:





Malaysiakini: Tan Sri kata tahu lebih sedikit tentang 1MDB.

Muhyiddin: Lebih sedikit dari orang biasa sudah pasti. Di Teluk Kemang saya kata saya tahu lebih sedikit. Tapi umumnya saya TPM waktu itu, saya berpendapat pecahnya berita 1MDB, saya harus mengetahui apa yang sedang berlaku, tentang proses dan maklumat yang dikumpul oleh pelbagai pihak.

Saya terpaksa mendapatkan maklumat melalui Bank Negara, gabenornya ataupun... polis, SPRM, atau peguam negara yang lalu.

Bagi saya, saya sebagai orang nombor dua, saya ada hak. Bukan untuk mencampuri urusan penyiasatan. Kalau isu 1MDB sudah sampai serius, kalau penyiasatan dilakukan berhubung kait dengan PM, kalau apa-apa berlaku, haruskah TPM kata tak tahu dan lepas tangan?

Macam Bank Negara, Zeti, yang mana dia kata pasal Bank Negara institusi yang bertanggungjawab memastikan kewangan negara berjalan dengan betul bawah akta bank.

Dan bila saya bertanya, RM1 bilion dolar yang dia bawa balik dari bank BSI Singapura, lepas itu PM buat kenyataan di parlimen dan kata, "Ya wang itu ada masuk".

Selepas itu dimaklumkan tidak ada duit dimasukkan. Dan dia kata kemudian...

Unit?

Unit.

Jadi saya tanya gabenor, what is this all about as dia regulator? Dia (Zeti) kata, "Benar Tan Sri tak ada duit".

Dan saya guna maklumat itu saya jumpa PM.

Dan satu ketika saya tanya, you spoke this in parliament, you respond this in parliament and you kata ada duit, tetapi sekarang ini tak ada duit.

Bagi saya itu satu masalah dan kalau di tempat lain, PM can be impeach (disingkir) kerana tak menyatakan dengan betul.

Dia terdiam. Dia tak jawab dengan saya. Dan perkara itu disahkan oleh gabenor Bank Negara.

Bila (pertemuan) ini Tan Sri?

Dalam tahun lalu, 2015. Waktu saya dalam kerajaan dan dia maklumkan kepincangan yang berlaku dalam 1MDB, yang langgar financial services act. Dia maklum pada saya, boleh dihukum maksimum RM50 juta. Ini maklumat dari gabenor. Dan kesalahan boleh dipenjara 12 tahun. Dia jelaskan pasal saya tak tahu maksud dia apa.

Saya diberitahu penemuan, penyiasatan Bank Negara dibuat oleh1MDB dan disebut kelulusan yang diberi dan kesalahan seperti kelulusan A dibuat untuk kelulusan B. Itu satu kesalahan. Itu yang saya dapat tahu.

Dan ia dilakukan siasatan, peguam negara yang lalu sudah dipecat dan diganti dengan peguam negara baru. Bila yang baru naik bawa laporan itu, apa hasilnya? Ditolak oleh peguam negara, tutup kes.

Saya bertanya balik dengan Zeti kenapa ia harus tolak? Bukankah Nank Negara sebuah institusi kewangan negara yang berprestij? Zeti sendiri antara gabenor Bank Negara terbaik di dunia. Pastinya, cara proses-proses dibuat dengan teliti dan ada bukti kenapa tidak ambil tindakan.

Singapura, UK, Switzerland, AS sedang siasat 1MDB, tapi kita nak tutup kes. Bagaimana pandangan Tan Sri?

Tak wajar sebab saya rasa mungkin rakyat tak puas hati bahawa kes telah selesai. Mungkin dari segi undang-undang yang disebut peguam negara telah selesai. Tapi di mahkamah rakyat ia belum selesai pasal tak puas hati dengan keputusan itu sebab ada campur tangan dan tidak telus.

Maka tidak seharusnya dianggap telah selesai, bagi sayalah. Di luar negara itu bidang kuasa luar negara pasal undang-undang yang mereka ada sedang digunakan. Berkaitan money laundering, salah guna sistem perbankan, kalau mengikut perkembangan, yang ada bukti kena ambil tindakan dan kita tidak boleh campur urusan itu.

Isu 1MDB tidak hanya dibatasi oleh sempadan Malaysia, ia melangkau ke peringkat antarabangsa dan global dan terserah pada pihak berkuasa negara itu apa yang mereka nak buat.

Tan Sri melihat kerajaan telah gagal dan parti dalam Umno sendiri ambil tindakan dalam hal ini?

Saya tidak nampak, dalam soal ini bukan politik. Yang penting institusi itu kerana ada kuatkuasa undang-undang. Umno mana ada undang-undang, Umno badan politik.

Cuma Umno badan politik untuk dilihat bertanggungjawab Umno harus bertindak atas landasan yang betul, ikut undang-undang. Bermakna kalau lihat kepincangan seperti hal ini, Umno tidak boleh berdiam diri. Tetapi dilema yang dihadapi kerana hal yang disebut ada kaitan dengan kepimpinan Umno.

Bersediakah ahli Umno yang berani mempersoalkan perkara itu? Saya mempersoalkan saya dihukum. Jadi harus mereka balik pada landasan asal kenapa Umno berjuang? Kerana kebenaran. Jadi perkara tak betul kena betulkan, bukan rosakkan.





Kalau masih ingat, berapa kali Tan Sri cakap pada Datuk Seri Najib yang Tan Sri tak puas hati mengenai 1MDB?

Lupa saya nak kata berapa kali, ada tiga empat kali. Tapi saya kata dalam kabinet, luar kabinet, di bilik dia, ada juga berkali-kali. Sedang berdiri pun bercakap juga. Bukan sekali tapi selalu.

Laporan dari MalaysiaKini

-------------------------------------------------------------------------------

Jom berjuang bersama rakan bloggers di Facebook!

Tunjukkan sokongan anda! Sila Like.

No comments:

Post a Comment

Marilah rakyat Malaysia, berikan pendapat anda supaya anda boleh meluahkan apa yang anda fikirkan kepada semua.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...