Anak Sungai Derhaka

Anak Sungai Derhaka


Sekampit Beras Untuk Penoreh : Hentikan Penyebaran No Akaun Palsu - PAS Kedah

Posted: 03 Mar 2016 04:00 AM PST


PAS Kedah melalui Lajnah Kebajikan PAS Negeri Kedah telah melancarkan Program Sumbangan "Sekampit Beras untuk Penoreh" pada 1hb Mac yang lalu. Pelancaran tersebut disempurnakan oleh Dato' Najmi Hj Ahmad, Timbalan Pesuruhjaya PAS Negeri Kedah di Taman Sejati Indah.

2) Sumbangan dalam bentuk pakej RM50 yang terdiri dari beras, gula, kopi, teh, minyak masak dan barangan keperluan harian. Sejumlah RM70,000 dalam bentuk barangan dan wang tunai diperolehi dari seluruh rakyat kedah semasa pelancaran tersebut.

3) Program sumbangan ini adalah untuk meringankan beban penoreh getah yang kini berada ditahap sangat menyedihkan akibat dari kegagalan kerajaan mengawal kejatuhan harga getah dan menangani masalah harga komuditi tersebut.

4) Sumbangan berterusan masih diperlukan, dan sumbangan boleh disaluran melalui tunai kepada Pejabat PAS Kawasan atau Pejabat Perhubungan PAS Negeri Kedah. Sumbangan juga boleh disalurkan melalui akaun TABUNG KEBAJIKAN PAS KEDAH 02011010071171 (BANK ISLAM).
5) Badan Perhubungan PAS Negeri Kedah merasa kesal dengan tindakan pihak yang tidak bertanggungjawab yang memalsukan iklan program ini dengan memasukkan no akaun mereka serta menggunakan gambar-gambar sekitar majlis pelancaran program sebagai bahan kempen. PAS Kedah tidak bertanggungjawab terhadap sumbangan yang dimasukkan ke akaun-akaun selain dari akaun PAS Kedah atau Tabung Kebajikan PAS Kedah.

6) Pihak tidak bertanggungjawab tersebut jugak telah memalsukan program pelancaran tabung tersebut yang dikatakan akan diadakan pada 5hb Mac. PAS Kedah sudah pun membuat pelancaran sumbangan pada 1hb Mac yang lalu.

7) PAS Kedah berharap usaha memalsukan iklan tersebut serta penyebarannya dapat dihentikan serta-merta.

Sekian, terima kasih

Ustaz Musodak HJ Ahmad
Setiausaha Badan Perhubungan PAS Negeri Kedah


Muhyiddin Pula Dakwa Panel SPRM Ada Cukup Bukti Untuk Dakwa Najib

Posted: 02 Mar 2016 11:30 PM PST


Panel Penilaian Operasi (PPO) Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) tidak akan memberi cadangan supaya menghantar semula kertas siasatan berhubung wang derma RM2.6 bilion dan SRC International kepada peguam negara jika mereka tiada bukti kukuh untuk mendakwa Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak, kata Tan Sri Muhyiddin Yassin.

Mengambil kira cadangan PPO itu, Muhyiddin berharap Peguam Negara Tan Sri Mohamed Apandi Ali akan mengambil tindakan dengan adil dan bertanggungjawab dalam menjalankan tugasnya.

"Saya ditunjukkan bukti aliran wang masuk ke dalam akaun peribadi Najib dan ini bukan lagi rahsia kerana ini sudah ditunjukkan peguam negara baru-baru ini," kata Muhyiddin sambil memegang laporan The Malaysian Insider mengenai kenyataan Apandi mengumumkan tiada kes untuk mendakwa Najib.

Muhyiddin juga sekali lagi mengulangi bekas peguam negara Tan Sri Abdul Gani Patail sudah menunjukkan kepadanya mengenai bukti dan kertas pendakwaan terhadap Najib.

Katanya, terdapat bukti jelas membabitkan penglibatan Najib dalam skandal 1MDB dan SRC tetapi tidak boleh mendedahkannya.

"Kuasa mendakwa hanya ada pada peguam negara bukan saya, sama ada mahu ambil tindakan atau tidak itu terserah kepada beliau untuk buat pendakwaan.

"Kalau ada bukti, buat saja pendakwaan," katanya pada sidang media di Bukit Damansara di Kuala Lumpur hari ini.

Februari lalu, PPO dengan 8 ahli yang bermesyuarat buat kali terakhir menasihatkan badan anti rasuah itu menghantar semula kertas siasatan berhubung SRC International Sdn Bhd kepada Apandi, yang juga pendakwa raya, untuk semakan beliau.

Panel itu, yang memuji SPRM kerana profesionalisme, dedikasi dan integritinya juga mencadangkan kepada penyiasat meminta bantuan peguam negara mengeluarkan bantuan undang-undang bersama (MLA) bagi membolehkan SPRM mendapatkan bukti dan dokumen daripada institusi kewangan luar negara dalam siasatan mereka ke atas derma RM2.6 bilion itu.

Pada 26 Januari lalu, Apandi berkata tidak terdapat bukti mencukupi mendakwa Datuk Seri Najib Razak berhubung kes SRC International, sebuah syarikat milik Kementerian Kewangan.

Syarikat itu dilaporkan sebagai salah satu firma dari mana derma itu berasal sebelum disalurkan melalui syarikat lain dan dimasukkan ke akaun peribadi Najib.

Apandi berkata, tiada bukti Najib selaku menteri kewangan menyalahgunakan kuasanya berhubung pinjaman diambil SRC International daripada dana pencen, KWAP.

Beliau juga menjelaskan tiada keperluan meneruskan permintaan mendapatkan MLA daripada pihak berkuasa kewangan luar negara dan bank untuk SPRM menyelesaikan siasatan terhadap kes RM2.6 bilion kerana tiada bukti mencukupi.

SPRM sebelum ini merakamkan percakapan lebih 100 saksi, termasuk Najib berhubung isu derma tersebut.

Terdahulu, laman portal The Malaysian Insider juga disekat ekoran laporan mengatakan PPO tetap mengesyorkan kepada peguam negara supaya Najib didakwa berhubung kes 1MDB dan SRC.

Bagaimanapun, Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM) memberi alasan sekatan tersebut atas sebab "keselamatan negara" tetapi tidak memperincikannya lapor The Malaysian Insider


Tiada Konspirasi Guling Najib, Kata Muhyiddin

Posted: 02 Mar 2016 09:05 PM PST


Bekas Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin menegaskan tiada konspirasi untuk menjatuhkan Datuk Seri Najib Razak.

Muhyiddin berkata, beliau sewaktu menjadi Timbalan Perdana Menteri berhak dimaklumkan dan diberi taklimat oleh Peguam Negara ketika itu, Tan Sri Abdul Gani Patail berhubung sebarang kes pendakwaan membabitkan kerajaan.

Katanya, ia termasuk siasatan berhubung 1Malaysia Development Berhad (1MDB), SRC International dan kemasukan sejumlah wang ke dalam akaun peribadi Perdana Menteri.

"Tiada konspirasi menggulingkan Perdana Menteri. Saya mempunyai hubungan biasa dengan AG (Abdul Gani). Ia biasa dan perkara wajar untuk AG beritahu kes undang undang. Bukan konspirasi.

"Saya berhak tahu perkembangan apa-apa kes berlaku terutama yang boleh menjejaskan kerajaan," katanya pada sidang media di sini, hari ini.

Muhyiddin berkata, walaupun Abdul Gani memaklumkan perkara itu kepadanya, namun pendakwaan adalah tertakluk kepada keputusannya selaku Peguam Negara waktu itu.

"Walaupun ia dimaklumkan kepada saya, soal kuasa mendakwa AG terletak atas haknya pada AG. Bukan pada saya. Nak ambil tindakan atau tidak itu hak dia. Terserah AG sama ada mahu buat pendakwaan. Ada bukti nak dakwa atau tidak itu kuasa dia.

Kalau mendakwa PM adalah satu konspirasi, maknanya PM tidak boleh didakwa atas sebarang undang-undang, seolah olah dia ini ada imuniti tak lakukan apa apa kesalahan. Ada bukti yang ditunjukkan kepada saya, bukti kemasukan wang dalam akaun peribadi Najib. Ini bukan rahsia," katanya.


-------------------------------------------------------------------------------

Jom berjuang bersama rakan bloggers di Facebook!

Tunjukkan sokongan anda! Sila Like.

No comments:

Post a Comment

Marilah rakyat Malaysia, berikan pendapat anda supaya anda boleh meluahkan apa yang anda fikirkan kepada semua.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...