Anak Sungai Derhaka

Anak Sungai Derhaka


Shafie Apdal Dakwa Putrajaya Guna OSA Sorok Masalah 1MDB

Posted: 05 Mar 2016 07:17 AM PST


Datuk Seri Shafie Apdal hari ini membidas langkah Putrajaya meletakkan laporan audit dana pelaburan bermasalah 1Malaysia Development Berhad (1MDB) di bawah Akta Rahsia Rasmi 1972 (OSA).

Naib presiden Umno itu mempersoalkan mengapa laporan itu tidak didedahkan kepada awam sedangkan sebelum ini kerajaan berkata tidak ada yang disembunyikan di sebalik skandal syarikat milik negara sarat hutang itu.

"Mengapa perlu kamu perlu guna OSA? Jika kamu tidak menyembunyikan sesuatu, laporan itu perlu didedahkan," katanya ketika menghadiri program di kawasan Parlimen beliau, Semporna, di Sabah.

Semalam, Pengerusi Jawatankuasa Kira-kira Wang Negara (PAC) Datuk Hasan Arifin berkata, laporan akhir pihak itu berhubung Kawalan Pengurusan Urus Tadbir 1MDB diklasifikasikan sebagai dokumen rahsia rasmi di bawah OSA 1972.

PAC sebelum itu mendengar pembentangan laporan itu oleh Ketua Audit Negara Tan Sri Ambrin Buang di bangunan Parlimen, pada sesi yang dijadualkan semula, selepas ditangguhkan pada 24 dan 25 Februari lepas.

Shafie menjelaskan, PAC berada di bawah bidang kuasa Parlimen dan laporan PAC tersebut dibentangkan kepada awam bagi mendapatkan maklumat sebenar.

"Ini bermakna, orang awam perlu diberikan akses untuk mengetahui laporan tersebut. Rakyat perlu mengetahui apa sebenar yang berlaku dalam proses siasatan oleh PAC," katanya.

Beliau membidas langkah Putrajaya kerana PAC bukan sebuah badan penyiasat sulit sebaliknya bertanggungjawab menjalankan siasatan demi kepentingan awam.

"Ini bukan 'private investigation' (siasatan sulit) tetapi 'public investigation' (siasatan awam). Sebab itu ia dipanggil 'public'. Kalau begitu, mengapa mahu letak ia di bawah OSA?

"Mengapa kamu mahu ia disembunyikan?" soalnya lagi lapor The Malaysian Insider



Menariknya jika Shafie Afdal mempersoalkan tindakan Putrajaya meletakkan audit 1MDB itu di bawah OSA.. seorang lagi bekas Menteri juga kehairanan dengan tindakan Putrajaya itu..

Tan Sri Dr Rais Yatim hari ini mengakui, beliau hairan dengan tindakan Putrajaya mengklasifikasikan laporan akhir ketua audit negara berhubung siasatan 1Malaysia Development Berhad (1MDB), yang sepatutnya diserahkan kepada Jawatankuasa Kira-Kira Wang Negara (PAC), sebagai tertakluk di bawah Akta Rahsia Rasmi 1972 (OSA).

Menurut penasihat sosiobudaya kerajaan Malaysia itu, tindakan itu sewajarnya disusuli dengan penjelasan sebaiknya supaya ia tidak menimbulkan kekeliruan kepada masyarakat.

"Saya berasa itu agak aneh juga, tetapi mesti diletak jawapan kerajaan, kenapa di bawah OSA. Ia mesti dihurai begitu.

"Jika tidak, saya fikir banyak persoalan yang nanti akan melemahkan situasi, wujud di sekitar kita," katanya kepada pemberita selepas merasmikan program 'Global Home Coming' di Universiti Islam Antarabangsa Malaysia, Gombak laporan penuh silalah baca di SINI

Hmm.. yang tak merasakan pelik dan tertanya-tanya tindakan Putrajaya itu ialah golongan pemakan dedak.. Dah makan dedak jadi macam tu lah.. bengong..

Percaya Mahathir Boleh Jadi Kufur - Fatwa Jamal Ikan Bakar

Posted: 05 Mar 2016 02:00 AM PST


Negara akan menghadapi bencana yang teruk sekiranya rakyat percaya dengan 'Deklarasi Rakyat' yang dibentangkan oleh bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad, semalam.

Ketua UMNO Bahagian Sungai Besar, Datuk Jamal Md Yunus berkata, mereka yang percaya dengan Dr Mahathir boleh dianggap kufur kerana tidak bersyukur dengan nikmat negara yang sedang aman.

"Saya ingatkan rakyat Malaysia, jika mereka termakan fitnah-fitnah dibuat Tun Mahathir, negara kita akan berlaku sesuatu kejadian yang mana akan menerima balasan daripada Allah. Rakyat kufur dengan nikmat dan akan berlaku seperti negara di Timur Tengah.

"Negara-negara kuasa asing sedang tunggu bila waktu sesuai (menyerang negara) melihat perbalahan rakyat dalam negara. Ini kerana negara kita mewah dengan sumber yang ada dan negara kuasa besar menanti sahaja," katanya kepada FMT.

Jamal juga menyifatkan Dr Mahathir sebagai seorang pemimpin yang tidak mempunyai pendirian kerana sanggup bekerjasama dengan pembangkang.

Katanya tindakan Dr Mahathir itu juga dilihat hanya untuk kepentingan dirinya sendiri untuk memliki kuasa.

"Seorang manusia yang sanggup melakukan apa sahaja untuk kepentingan diri sendiri. Saya menyifatkan Tun Mahathir sebagai manusia langsung tidak mempunyai pendirian.

"Saya boleh katakan satu sen langsung tidak menghargai Tun Mahathir sebagai pemimpin kerana telah membuat rakyat dalam negara kita pecah belah," katanya.



Sementara itu, Presiden Pertubuhan Minda Sosial dan Prihatin (PMSP), Ramesh Rao berkata tindakan Dr Mahathir itu hanya menguatkan lagi kedudukanPerdana Menteri Datuk Seri Najib Razak.

Katanya, tindakan Dr Mahathir duduk semeja dengan pembangkang hanya menghina diri sendiri dan mencemarkan nama baik bekas Perdana Menteri itu.

"Duduk semeja dengan Ambiga yang persoal Perlembagaan Negara, Lim Kit Siang yang jelas tidak sokong artikel 153, dengan pemimpin DAP yang jelas tidak menyokong hal Bumiputera. Ini betu-betul telah mencemarkan nama baik Dr Mahathir.

"Ini telah beri satu kekuatan kepada Najib untuk bertambah kuat kerana rakyat sendiri dah muak. Dr Mahathir yang maki Ambiga dan Kit Siang dulu sanggup duduk semeja untuk dapatkan kuasa," katanya.

Presiden Persatuan Veteran Angkatan Tentera Malaysia (PVATM), Mohd Ali Baharom atau Ali Tinju enggan mengulas lanjut kerana tidak mengetahui intipati Deklarasi Rakyat itu.

Kenyataan Media Azmin Ali Setelah Tandatangani Deklarasi Rakyat

Posted: 04 Mar 2016 10:39 PM PST


Saya telah menerima pesanan dari Dato' Seri Anwar Ibrahim melalui peguamnya semalam meminta saya mewakili Parti Keadilan Rakyat dalam majlis ini dan Presiden Parti, YB Dato' Seri Dr. Wan Azizah Wan Ismail, telah memaklumkan kepada Majlis Pimpinan Pusat tentang kehadiran saya sebagai wakil "dalam semangat bersama dalam satu persefahaman bersama untuk membawa perubahan dalam negara."

Saya juga bersetuju dengan pendirian masyarakat madani - civil society leaders - masyarakat perusahaan - industry leaders - dan anak watan prihatin yang cintakan negara agar bersama dalam gerakan baru ini.

Saya yakin petang ini adalah langkah yang paling patriotik. Apakah langkah yang lebih patriotik di kala ini dari menggembleng kekuatan rakyat untuk menyelamatkan Malaysia, mengembalikan maruah negara yang tercemar di mata dunia dan memperkukuh kebebasan, kewibawaan dan integriti institusi negara ?



Kita tidak boleh berpeluk tubuh tatkala negara yang kita cintai dihancurkan secara sistematik melalui tindakan sewenang-wenang dan jenayah akibat daripada pemusatan kuasa mutlak ditangan seorang individu di Putrajaya.

Sebagai wakil rakyat, saya mempunyai tanggungjawab moral untuk mengambil inisiatif dan mendukung segala usaha untuk memansuhkan sebarang undang-undang zalim dan menindas khususnya undang-undang baru yang menghakis hak asasi rakyat yang dilindungi oleh Perlembagaan.

Kita perlu membatalkan perjanjian-perjanjian yang mengabaikan dan melanggari keperluan sosial dan ekonomi rakyat dan juga mencerobohi kedaulatan negara. Kecurangan dalam urustadbir dan skandal kewangan mega seperti 1MDB perlu dibanteras.

Majoriti rakyat telah mengundi untuk perubahan dalam PRU13. Tetapi demokrasi yang tempang telah menghalang aspirasi majoriti rakyat dari diterjemahkan kepada dasar-dasar reformasi. Akibatnya kerajaan minoriti sekarang semakin rakus merompak kekayaan negara untuk diri sendiri.

Justeru, untuk menjadikan suara rakyat benar-benar suara keramat, demokrasi perlu dipulihkan, pilihan raya perlu bebas dan adil dan media perlu dibebaskan.

Saya dan teman-teman seperjuangan masih muda dalam politik. Kami melalui zaman getir perjuangan reformasi, turun naik mahkamah dan pemimpin kami Dato' Seri Anwar masih terlantar di belakang tembok penjara.

Tetapi semua pengorbanan ini kami lakukan semata-mata demi rakyat dan negara. Kami tidak bermusuh dengan sesiapa, individu atau parti. Perjuangan ini adalah perjuangan rakyat yang tidak seharusnya, dan tidak akan boleh dibolot oleh sesiapa. Maka apabila ada mana-mana pihak yang ingin bersama perjuangan reformasi dan menentang perasuah, secara individu atau kumpulan, kamilah yang akan menghulurkan salam perjuangan.

Saya ingin mengulangi seruan buat semua rakyat tanpa mengira parti politik, kaum, kepercayaan dan agama untuk bersama kerana sesungguhnya masanya telah tiba bagi semua warga yang peduli untuk bertindak dan mencipta perubahan hakiki dan bermakna. Saya yakin Deklarasi Rakyat yang ditandatangani petang ini pasti akan merobah landskap politik negara.

DATO' SERI MOHAMED AZMIN ALI
-------------------------------------------------------------------------------

Jom berjuang bersama rakan bloggers di Facebook!

Tunjukkan sokongan anda! Sila Like.

No comments:

Post a Comment

Marilah rakyat Malaysia, berikan pendapat anda supaya anda boleh meluahkan apa yang anda fikirkan kepada semua.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...