Anak Sungai Derhaka

Anak Sungai Derhaka


Dari Mana Khairy Dapat Dana Untuk Menaja 191 Ketua Pemuda UMNO Pergi Umrah?

Posted: 06 Mar 2016 07:30 AM PST


"Siapa Chegubard nak pertikai tindakan KJ bawa Pemuda pergi umrah, tak malukah kerana dia sendiri tidak diterima di dalam PKR sehingga terpaksa bergelut dengan Azmin tapi bila ada pemimpin Umno buat suatu yang baik tindakan itu dipertikaikan.

"Adakah dia boleh menentukan sama ada ibadah umrah itu diterima Allah atau tidak kerana ibadah tersebut antara pelaku dengan Allah.

"KJ sebagai seorang pemimpin muda bawa anak buah pergi umrah adalah satu perkara yang baik dia (Chegubard) sepatutnya menjadikan ia (pendekatan itu) sebagai contoh kerana KJ mempunyai ciri-ciri kepimpinan sebab bawa orang pergi umrah dan tak bawa orang pergi buat benda yang bukan-bukan" kata Exco Pemuda UMNO, Nazir Hussin Akhtar Hussin



Nazir yang juga merupakan Pengerusi Biro Hal Ehwal Bandar dan Perumahan pergerakan itu turut menggesa agar Badrul Hisham tidak mengeluarkan sebarang kenyataan bodoh yang boleh memalukan dirinya sendiri.

"Bagaimana dia boleh kata tindakan KJ itu sebagai rasuah umrah? Dia tak faham sistem (pemilihan) Umno kerana ia bukan macam dulu tambahan pula Ketua Pemuda hanya mempunyai satu undi sahaja dan untuk melayakkan KJ menang sebagai Naib Presiden beliau memerlukan 160 ribu undi… apa yang dia cakap tu? Baik dia fikir dulu sebelum cakap jangan cakap bodoh, malu dekat orang.

"Baik dia fikir dulu masak-masak sebelum tuduh KJ guna duit rasuah untuk belanja orang pergi umrah sebab dia tahukah duit itu daripada mana kerana ia merupakan satu fitnah dan dosa tersebut lebih teruk daripada membunuh… ~ SuaraTV

Niat Nazir mungkin baik.. iaitu mempertahankan Ketuanya.. malangnya pengakuannya yang mengatakan Khairy telah menaja 191 Ketua Pemuda UMNO Bahagian pergi Umrah telah menimbulkan persoalan dari mana Khairy dapat dana untuk menaja 191 Ketua Pemuda UMNO itu?

Dalam kenyataannya sebelum ini, Syed Rosli menegaskan bahawa ia boleh menyebabkan kos mencecah RM1.4 juta untuk tajaan keseluruhan rombongan.

"Dari manakah Khairy Jamaluddin mendapatkan wang sebanyak itu?

"Berapa gaji seorang ahli parlimen dan menteri. Ini boleh menimbulkan banyak keraguan di kalangan rakyat, ahli-ahli Umno dan pembangkang, " katanya yang mendakwa bahawa ia akan mewujudkan persepsi rasuah.

"Saya tidak menuduh (Khairy) tetapi SPRM perlu menyiasat di manakah dia mendapat sejumlah wang yang besar (untuk menaja rombongan itu)," kata Syed Rosli, Penolong Setiausaha Pemuda Umno Cawangan Pusat Bandar Taman Chempaka ~ MalaysiaKini

Timbalan Ketua Pemuda Amanah, Faiz Fadzil turut mempersoalkannya katanya berkata, anggaran kos RM1.4 juta bagi tajaan itu meragukan apabila dibandingkan dengan jawatan Khairy sebagai menteri belia dan sukan.

"Jika dikira gaji seorang menteri, sudah pasti tidak cukup untuk menampung penajaan sebegitu banyak.

"Adakah jumlah tersebut juga sama sepertimana skandal derma yang menyelubungi Presiden Umno Datuk Seri Najib Razak?

"Jika ya, maka ia perlu disiasat sama ada ia didermakan dengan sebarang balasan. Adakah wang tersebut datang dari mana-mana korporat?

"Jika ya, maka ia perlu disiasat sama ada korporat tersebut mempunyai apa-apa kepentingan dengan jawatan menteri beliau," kata Fadzil dalam satu kenyataan  ~ The Malaysian Insider

Nak jadi hero konon si Nazir tu.. Khairy tak berani nak jawab.. dia pulak pandai-pandai menjawab.. sekarang jawablah dari mana Khairy dapat dana untuk menaja 191 Ketua Pemuda UMNO pergi Umrah?.. Dapat derma dari Arab Saudi jugak ke?

Siapa bodoh sekarang?.. EXCO Pemuda UMNO yang namanya Nazir itu atau CheguBard?.. Kah.. kah.. kah..



Perbuatan Mahathir Tidak Dilupakan, Tapi Kita Perlu Melangkah Ke Depan..

Posted: 06 Mar 2016 06:13 AM PST


Tiada siapa boleh melupakan apa yang bekas perdana menteri Tun Dr Mahathir Mohamad lakukan terhadap Datuk Seri Anwar Ibrahim ketika beliau dipecat sebagai timbalan perdana menteri pada 1998, tetapi ketika ini, yang penting ialah untuk terus bergerak ke depan demi kepentingan negara, kata Timbalan Presiden PKR Datuk Seri Mohamed Azmin Ali.

Star Online melaporkan menteri besar Selangor itu berkata, "perdamaian" yang menyaksikan Dr Mahathir bekerjasama dengan pemimpin pembangkang dan tokoh masyarakat sivil untuk menggulingkan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak adalah "baik untuk negara ini".

"Apa yang berlaku pada 1998, saya pasti tidak boleh lupakan. Tiada siapa yang lupakan sejarah. Ia untuk kita mengambil iktibar daripadanya.

"Tetapi kita perlu bergerak ke depan dan saya fikir sudah tiba masanya bagi kita untuk teruskan," beliau dipetik sebagai berkata oleh portal berita itu.

Pada Jumaat, Dr Mahathir mengetuai lebih 50 individu menandatangani Deklarasi Rakyat yang menggesa penyingkiran Najib dan beberapa pembaharuan kepada institusi, seperti usaha memulihkan integriti untuk "institusi yang dilemahkan" seperti polis, Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia, Jawatankuasa Kira-kira Wang Negara dan Bank Negara Malaysia.

Azmin berkata, lebih banyak mesyuarat akan diadakan dengan semua pemimpin yang menandatangani perisytiharan itu, bagi membincangkan tindakan seterusnya yang akan diambil.

"Kita perlu turun padang dan jelaskan kepada rakyat supaya mereka faham isu ini.

"Kita akan terus berbincang dan memastikan apa saja yang kita sudah beri komitmen dalam resolusi itu akan dilaksanakan secepat mungkin," beliau dipetik berkata.

Beliau berkata serangan balas pemimpin Umno kepada Dr Mahathir kerana mengepalai deklarasi itu adalah lumrah, kerana para pemimpin parti Melayu terbesar negara itu tidak mungkin akan dapat menerima hakikat mereka akan ditumpaskan selepas perubahan besar-besaran berlaku di Malaysia.

Azmin juga mengatakan, tiada soal peribadi wujud dalam kerjasama antaranya dan Dr Mahathir, kerana deklarasi itu ialah tentang selamatkan Malaysia.

"Saya pernah berkhidmat sebagai pemimpin kanan Umno selama 13 tahun, sudah tentu, saya mempunyai hubungan rapat dan peribadi dengan Dr Mahathir selama beberapa tahun.

"Kami hadir di sana sebagai rakyat Malaysia mewakili pelbagai parti politik, ideologi dan pergerakan masyarakat sivil yang berbeza, demi kepentingan negara dan rakyat.

"Ia bukan soal pilihan peribadi, bagi saya ia soal prinsip." ~ The Malaysian Insider



Sehari Selepas Deklarasi Rakyat Ditandatangan, Najib Panggil Semua MP BN Ke Seri Perdana..

Posted: 06 Mar 2016 04:11 AM PST


Tak tahulah aku kalau ini satu kebiasaan.. tapi kalau satu kebiasaan tak ernah pulak aku terbaca sebarang laporan yang mengatakan Najib adakan perjumpaan dengan semua MP BN sebelum mesyuarat Parlimen..

Menariknya perjumpaan ini dibuat setelah sehari 'Deklarasi Rakyat'ditandatangani oleh Mahathir dan Muhyiddin serta 50 ahli politik bukan dari UMNO..

Kenapa agaknya?.

Laporan berkaitan..

PUTRAJAYA: Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak malam ini mengadakan mesyuarat pra majlis dengan Ahli Parlimen Barisan Nasional (BN) sebelum Mesyuarat Pertama Parlimen bagi Penggal Keempat yang akan bermula Isnin ini.



Mesyuarat itu berlangsung selama kira-kira satu jam setengah bermula jam 8.30 malam tadi di kediaman rasmi Perdana Menteri di Kompleks Seri Perdana di sini.

Ahli Parlimen Kuala Pilah, Datuk Seri Hasan Malek, ketika ditemui selepas mesyuarat itu, berkata ia bagi membincangkan mengenai aturan soalan yang akan dikemukakan dan dijawab pada sesi Parlimen kali ini.

"Ini adalah mesyuarat yang biasa diadakan sebelum sidang Parlimen. Perdana Menteri yang juga Pengerusi BN berjumpa semua Ahli Parlimen BN untuk membincangkan persediaan sebelum sidang bermula.

"Perdana Menteri menekankan Ahli Parlimen dan Menteri perlu hadir untuk menjawab soalan pada sesi penggulungan," katanya.

Beliau berkata, Perdana Menteri turut meminta semua Ahli Parlimen BN untuk membuat kerja dengan tekun dan ikhlas serta menjaga kawasan masing-masing.

Katanya, hampir semua Ahli Parlimen BN hadir pada mesyuarat itu.

Ditanya sama ada mesyuarat itu ada membincangkan mengenai tindakan pemimpin UMNO yang menandatangani deklarasi menentang Perdana Menteri semalam, Hasan berkata ia hanya membincangkan mengenai persediaan sidang Parlimen lapor Berita Harian

Sebelum ini.. Hassan Malek telah mendedahkan UMNO mungkin mengadakan mesyuarat tergempar bagi membincangkan nasib Tan Sri Muhyiddin Yassin dan Datuk Seri Shafie Apdal

PETALING JAYA: Umno mungkin memanggil mesyuarat tergempar bagi membincangkan nasib Tan Sri Muhyiddin Yassin dan Datuk Seri Shafie Apdal, kata Datuk Seri Hassan Malek.

Ahli Majli Tertinggi (MT) Umno itu memberitahu The Star Online bahawa Umno tidak boleh bertolak ansur dengan musuh di dalam parti.

"Kami tidak boleh bertolak ansur dengan semua perkara karut ini dan tidak mahu mempunyai musuh di dalam parti," katanya.

Beliau berkata presiden parti, Datuk Seri Najib Tun Razak mungkin mengadakan mesyuarat tergempar tidak lama lagi bagi membincangkan perkara itu.

"Kami biasanya mempunyai mesyuarat sekali setiap bulan tetapi saya percaya perkara ini memerlukan mesyuarat tergempar.

"Kami perlu melakukan sesuatu mengenainya kerana jika anda mahu bersama kami, anda bekerja dan menyokong kami. Sebaliknya ia lebih teruk lagi," katanya.

Beliau berkata tindakan Muhyiddin dan Shafie menandatangani deklarasi 'Selamatkan Malaysia' amat memalukan parti.

"Kami malu dengan tindakan timbalan presiden yang digantung dan juga naib presiden.

"Mereka terlupa bahawa ini adalah musuh utama dan mereka duduk bersama dengan menandatangani deklarasi tersebut," katanya lapor mStar

Kata tak goyang.. tapi kenapa nampak kelam kabut saja ni..


-------------------------------------------------------------------------------

Jom berjuang bersama rakan bloggers di Facebook!

Tunjukkan sokongan anda! Sila Like.

No comments:

Post a Comment

Marilah rakyat Malaysia, berikan pendapat anda supaya anda boleh meluahkan apa yang anda fikirkan kepada semua.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...