Anak Sungai Derhaka

Anak Sungai Derhaka

Anak Sungai Derhaka


Tangkap Mahahtir, Tumbuk Dia Hingga Hilang Gigi - Ramesh Rao

Posted: 07 Mar 2016 06:29 AM PST


Ramesh Rao, Presiden Pertubuhan Minda dan Sosial Prihatin Malaysia (PMSP), mahu Datuk Seri Dr Mahathir Mohamad dipenjara kerana mahu menyingkirkan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak.

Katanya, tindakan bekas perdana menteri itu jelas menyalahi undang-undang bekas Perdana Menteri.


Bodoh punya pemakan dedak.. yang dia nak tangkap Mahathir kemudian belasah sampai hilang gigi tu.. dia guna undang-undang apa?

Tak melangar undang-undang ke?



Kenyataan Media Majlis Presiden Pakatan Harapan, Isu 'Deklarasi Rakyat'

Posted: 07 Mar 2016 04:30 AM PST


Pakatan Harapan memandang positif beberapa perkembangan mutakhir yang menjadi bukti bahawa reformasi membawa perubahan institusi dan sistem yang diperjuangkan selama ini adalah satu-satunya cara menyelamatkan Malaysia.

Majlis Presiden Pakatan Harapan menyokong penglibatan ketiga kepimpinan tertinggi yang diketuai oleh YAB Mohamed Azmin Ali, YB Lim Kit Siang dan Y Bhg Hj Mohamed Sabu dalam Deklarasi Rakyat baru-baru ini.

Deklarasi Rakyat yang ditandatangani oleh tokoh-tokoh yang merentasi batasan politik termasuk Tun Mahathir Mohamad dan pimpinan Pakatan Harapan dan pembangkang yang lain adalah pengakuan tokoh-tokoh pimpinan Umno/Barisan Nasional sendiri bahawa institusi-institusi kerajaan telah dirosakkan oleh pentadbiran Umno/Barisan Nasional.

Pengakuan oleh Tun Mahathir Mohamad ini tidak mengubah hala tuju Pakatan Harapan terutamanya berhubung pendirian mengenai bentuk-bentuk reformasi undang-undang, politik, media, ekonomi, kewangan, pendidikan dan sosial yang akan dilaksanakan oleh Pakatan Harapan.

Malah, pengakuan Tun Mahathir Mohamad itu adalah satu penerimaan secara tidak langsung bahawa institusi kerajaan yang tidak bebas telah memangsakan Dato' Seri Anwar Ibrahim yang dipenjarakan kerana menjadi ancaman politik paling utama kepada pentadbiran Dato' Seri Najib Tun Razak.

Oleh yang demikian, Pakatan Harapan pada hari ini menetapkan bahawa agenda pembebasan Dato' Seri Anwar Ibrahim menjadi agenda utama yang akan dibawa bersama-sama agenda reformasi yang lain dalam usaha menyelamatkan Malaysia. Strategi tiga serampang ini - menuntut reformasi institusi, membebaskan Dato' Seri Anwar Ibrahim dan menuntut Dato' Seri Najib Tun Razak meletakkan jawatan - akan digerakkan secara bersepadu oleh Pakatan Harapan dalam kempen kami di seluruh negara.

Pakatan Harapan juga percaya isu-isu ekonomi yang mendesak dan menekan rakyat tidak boleh ditenggelamkan oleh beberapa perkembangan politik mutakhir ini. Isu-isu seperti penghapusan GST, pembiayaan pendidikan yang munasabah, menghentikan kenaikan cukai, levi dan yuran yang dikenakan kerajaan dan kenaikan tarif perlu terus diperjuangkan.

Oleh itu, Pakatan Harapan menyeru semua rakyat Malaysia yang mahukan perubahan untuk turun menyertai Perhimpunan Mansuh GST yang akan diadakan pada 2 April 2016 di Kuala Lumpur bersempena dengan satu tahun rakyat Malaysia dibebankan dengan GST.



Pakatan Harapan juga akan menganjurkan perhimpunan-perhimpunan "Muafakat Selamat Malaysia" di setiap negeri bermula bulan ini untuk memberi pentas kepada semua pihak dan aktivis menggembleng sokongan rakyat menuntut Dato' Seri Najib Tun Razak meletakkan jawatan.

Saudara Mohamad Sabu telah diberi amanah untuk mengetuai jawatankuasa penganjur Perhimpunan Mansuh GST pada 2 April 2016 dan perhimpunan- perhimpunan "Muafakat Selamat Malaysia".


YB DATUK SERI DR WAN AZIZAH WAN ISMAIL
Presiden KEADILAN

YB LIM KIT SIANG
Ketua Parlimen DAP

TUAN HAJI MOHAMAD SABU

Presiden AMANAH

Ku Li Gelak Kat Mahathir?

Posted: 06 Mar 2016 11:12 PM PST


Tengku Razaleigh Hamzah dikatakan salah seorang yang menyokong deklarasi menolak kepimpinan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak, walaupun tidak hadir dalam majlis itu.

Bagaimanapun, veteran Umno itu itu hari ini berkata semua itu tidak benar.

"Saya tidak hadir," katanya sambil ketawa ketika ditanya pemberita di bangunan parlimen hari ini. 

"Saya tidak menyokong, saya tidak tahu apa pun."

Beliau ditanya sama ada menyokong kempen yang digerakkan oleh perdana menteri keempat Tun Dr Mahathir Mohamad serta pemimpin pembangkang dan NGO itu.

Ditanya berkaitan kempen selepas majlis deklarasi itu, Tengku Razaleigh berkata beliau akan terus berkhidmat sebagai anggota parlimen ~ MalaysiaKini



Anak Zahid Nak Saman PKR Sebab Iklan Debat Guna Muka Dia..

Posted: 06 Mar 2016 06:50 PM PST


Anak timbalan perdana menteri Datuk Nurulhidayah Ahmad Zahid mengugut akan menyaman penganjur debat isu pekerja asing kerana menggunakan foto tanpa izin.

Anak sulung Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi menafikan beliau bersetuju menyertai debat "Belia malas atau kerajaan lemah" yang dirancang malam tadi di sini.

Dianjurkan oleh sayap muda PKR, Srikandi Keadilan, debat itu diiklankan sebagai pertemuan antara Nurulhidayah dengan ketua sayap itu, Senator Siti Aishah Shaik Ismail.

Assalammualaikum. 
Sekali lagi saya ingin menerangkan yang saya tidak pernah memberi persetujuan untuk debat ini. 
Gambar saya digunakan sewenang-wenangnya untuk tujuan promosi tanpa persetujuan saya. Sangat bijak berkata2 tetapi sangat kurang cerdik dalam tindakan. 
TUNGGU SURAT SAMAN DARI SAYA.

Katanya di akaun Instagram miliknya malam tadi... menariknya statusnya itu menerima pelbagai kutukan dan kecaman..

fadz_zhil: Apa nak takut debat??TAKUT??KECUT??poodah kak long Zahid.kalau rasakan dipihak yg benar knp takut DEBAT.Buktikan bagi idea2 bernas. Nie x..berkokok je dlm alam maya. 
mister.an: Jatuh la maruah dato kalau berdebat, ye dak? Haha. Pe brg berdebat ng golongan malas, ye dak? Dato berdebat ng laman sosial boleh la 
mohd.zailani:Tiada tokoh jadi Ahli Parlimen. Jadi ahli bombastik je la! 
fawwazzupp: Pegi lah berdebat. Buat diskusi ilmiah. Takot apa weh. Hahaha branis sgt kata org lain pemalas atau diri sendiri pengecut? 
zhilmii: Malas? belia malas? Bercakap macam org yg tiada pendidikan 
xpiyan: Cakap bnyak dkt sini tak guna, pergilah debat & prove that u r right 
syafiqtahrim: Ciss. Brani depa memperlekeh ikon belia negara..!!! Dato ikon belia negara ni woiiii 
syafiqgazalijr: Haha..saman2 lepas tu diam2 tarik balik saman..igt x tau game ameno..
Dan ada yang bertanya bila nak saman?.. hari Selasa ke?.. dipercayai merujuk kepada tindakan Najib yang mahu saman WSJ pada hari Selasa.. tapi tak saman-saman sampai sekarang..

are_mien: Hidup ikon belia negara bangladesh... Saman jgn x saman.. Nk saman bile ni.. Hari selasa ke.. Hahahahaha.. 

Saman ke tak saman ke bukan menunjukkan kita mempunyai hati dan dari keluarga baik atau tidak. Bila anak orang kaya nak bela anak orang kaya yang lain. Poyo bunyinya tulis belalangemas 

Pengguna Instagram dengan nama yusriloTu pula menulis laa kutuk org malaysia malas. Ingat kami rakyat hina sangat ke.nk kata pemalas.tk layak dpt gelaran dato dan ikon belia pun dia ni.ckp dlm reban boleh . Nk kluar berkokok takut . Apo nok jadi eh .dikobaan disaman nye



Ha.. ha.. kalau dia tak menyibuk nak bela bapak dia hari tu kan tak jadi sasaran...

Kalau anda berminat nak tambah komen.. silalah ke SINI

Najib Kata BN Tetap Kukuh.. Tapi Kenapa Pula Zahid Kata Gesaan Najib Undur Gugat BN?

Posted: 06 Mar 2016 04:30 PM PST


Menarik ni.. Najib kata BN tetap kukuh.. tetapi Zahid pula berkata gesaan agar Najib undur menggugat bukan saja Najib tapi seluruh Barisan Nasional..

Najib melalui satu status dalam Facebook Najib Razak mengatakan BN tetap kukuh walaupun terdapat pihak yang memilih bekerjasama dengan pembangkang..

"Mungkin ada yang mudah lupa akan prinsip perjuangan Barisan Nasional dan memilih bekerjasama dengan pembangkang untuk menentang kami baru-baru ini.

"Namun semalam, saya lihat perikatan tetap kukuh dan setia kepada perjuangan di kalangan ahli-ahli Parlimen BN yang berada di Seri Perdana untuk mesyuarat pre-council sebelum Parlimen mula bersidang Isnin nanti.

"Insya-Allah, kita akan terus melaksanakan tanggungjawab kami dalam BN yang diamanahkan oleh rakyat.

Barisan Nasional tetap kukuh.. jadi Najib boleh kekal sebagai Presiden UMNO dan juga sebagai Perdana Menteri.. tak perlu undur..

Zahid pula ketika mengulas majlis menandatangani Deklarasi Rakyat yang berkempen untuk penyingkiran Najib, diketuai Tun Dr Mahathir Mohamad dan disertai sebilangan orang kuat Umno, ahli politik pembangkang dan pemimpin masyarakat sivil.

Naib presiden Umno itu, yang mengambil tanggungjawab tambahan sebagai timbalan presiden selepas Tan Sri Muhyiddin Yassin digantung daripada jawatan itu bulan lepas berkata..

"Saya fikir pihak pembangkang berasa teruja bersama-sama menentang kepimpinan, yang pada hemat kami, bukan menentang individu, tetapi sebuah institusi yang menjadi puncak kepimpinan Umno-BN yang membentuk kerajaan.

"Dan jika institusi ini digugat, ia menggugat institusi kepimpinan semua peringkat di seluruh negara," katanya kepada pemberita selepas merasmikan mesyuarat agung tahunan Umno Perak.

Zahid juga dilaporkan berkata, " BN juga tergugat dengan gesaan peletakan jawatan Najib kerana "pemimpin mewakili institusi kepimpinan" ~ The Malaysian Insider

BN tergugat dengan gesaan peletakan jawatan Najib kerana "pemimpin mewakili institusi kepimpinan".. kata Zahid?



Hmmm... kalau "Pemimpin mewakili institusi kepimpinan" menyebabkan institusi kepimpinan tergugat.. dan nak mengelakkan institusi kepimpinan itu terus tergugat... faham-fahamlah ya...
-------------------------------------------------------------------------------

Jom berjuang bersama rakan bloggers di Facebook!

Tunjukkan sokongan anda! Sila Like.

No comments:

Post a Comment

Marilah rakyat Malaysia, berikan pendapat anda supaya anda boleh meluahkan apa yang anda fikirkan kepada semua.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...