Anak Sungai Derhaka

Anak Sungai Derhaka


Ahmad Maslan Kumpul 10 NGO Sebagai ‘Keyboard Warriors’ Pertahan Najib..

Posted: 08 Mar 2016 04:30 AM PST


Sebanyak 10 badan bukan kerajaan (NGO) hari ini bergabung membentuk satu kumpulan yang dinamakan sebagai 'keyboard warriors'.

Kumpulan tersebut akan berfungsi bagi menjawab segala tuduhan yang dilemparkan terhadap kerajaan di media sosial.

Pengerusi Biro IT UMNO, Datuk Ahmad Maslan berkata, kumpulan yang baru dibentuk itu akan menyebarkan perkara-perkara yang `benar, positif dan tepat' tentang kerajaan, terutamanya berkenaan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak.

"10 NGO ini sepakat untuk beri dokongan kepada Perdana Menteri, dan bergabung dengan nama 'Keyboard Warriors' untuk beri jawapan kepada isu-isu semasa.

"Kelihatan aspek ini yang kurang di media sosial. Maka saya hargai mereka yang datang secara sukarela untuk membantu Biro IT UMNO," katanya.

Beliau juga menegaskan `Keyboard Warriors' bergerak secara sukarela dan tidak menerima sebarang bayaran daripada mana-mana pihak.

Antara NGO yang terlibat adalah Persatuan Jurutera Melayu Profesional, Mawadah Wanita Malaysia (Mawar), Alumni Kelab Umno Luar Negara dan Persatuan Perunding NGO Malaysia.

Mengulas lanjut Ahmad berkata, kumpulan itu akan berpegang kepada prinsip tertentu dalam operasi mereka.

"Nasihat saya (kepada kumpulan itu): kita adalah penyebar positif, bukan fitnah. Itu perkara penting saya, selaku (pengerusi) Biro IT.

"Saya tak kata pembangkang secara terus sebar fitnah, tetapi inilah falsafah Biro IT UMNO. "Seperi kata-kata Timbalan Menteri Penerangan Datuk Jailani Johari, 'apa yang salah di alam nyata, salah di alam maya," ujarnya.

Ahmad turut memberitahu pihaknya akan terus mengadakan perbincangan dengan pihak-pihak lain bagi menubuhkan lebih banyak kumpulan seumpama itu lapor Free Malaysia Today



Setelah Tak Terjawab, Yang DiPertua DUN Terengganu Lari Begitu Saja?

Posted: 08 Mar 2016 01:20 AM PST


Persidangan Dewan Undangan Negeri Terengganu hari ini dihentikan secara mengejut selepas Yang Dipertua Dewan Undangan Negeri, Datuk Mohd Zubir Embong telah dihujani dengan pelbagai soalan mengenai keputusannya untuk menolak usul undi tidak percaya terhadap Menteri Besar, Datuk Seri Ahmad Razif Abdul Rahman.

"Sebab keputusan saya sudah buat, saya mahu tangguhkan dewan hingga esok," kata Mohd Zubir sebelum meninggalkan dewan. Seorang ADUN pembangkang kemudiannya menyindir tindakan itu.

"Lari begitu sahaja, Yang Dipertua?" sindirnya sambil disambut dengan wakil rakyat pembangkang yang lain.

Mohd Zubir menolak usul itu atas alasan bahawa tiada notis diberikan.

Bekas Menteri Besar Terengganu Ahmad Said yang membentangkan usul itu dan ADUN pembangkang bagaimanapun berhujah bahawa perlembagaan negeri dengan jelas menyatakan bahawa tiada notis diperlukan untuk usul undi tidak percaya.

Di sebalik hujah bahawa perlembagaan Terengganu mengatasi peraturan mesyuarat, speaker menegaskan bahawa tafsirannya adalah bahawa persetujuannya diperlukan untuk mengketepikan notis 14 hari yang diperlukan itu.

Beliau juga menolak dakwaan BN takut untuk berdepan dengan usul undi tidak percaya itu.

"Bukan soal takut, i ni soal peraturan. Saya sebagai orang tengah," katanya.

Bagaimanapun, katanya, keputusan berkenaan boleh dirayu.

Hujah Mohd Zubir itu bagaimanapun gagal memuaskan hati ADUN pembangkang yang terus memetik Fasal 33 (11) yang menyatakan bahawa usul di bawah perlembagaan negeri tidak memerlukan sebarang notis.

Di sebalik protes berterusan itu, Mohd Zubir menegaskan bahawa keputusannya adalah muktamad, sebelum menamatkan prosiding hari ini lapor MalaysiaKini



Mukhriz Dakwa Bukan RM2.6 Billion Masuk Akaun Najib.. Tapi Lebih..

Posted: 07 Mar 2016 11:23 PM PST


Selepas menyertai Deklarasi Rakyat mendesak pengunduran perdana menteri, Datuk Seri Mukhriz Mahathir kini mempertikaikan jumlah baki derma RM2.6 bilion yang dikatakan daripada keluarga diraja Arab untuk kegunaan Pilihan Raya Umum Ke-13 (PRU13) dan jumlah wang yang dipulangkan kepada penderma itu yang didakwanya tidak sama.

Menurut Mukhriz semasa satu kunjungan beliau ke Kelantan semalam, Datuk Seri Najib Razak sendiri pernah memaklumkan, wang yang dibelanjakan untuk PRU13 adalah sebanyak RM1.5 bilion. 

Tetapi, Najib kemudiannya mengatakan, RM2.03 bilion dipulangkan kepada penderma Arab.



"Pelik dan hairan, RM2.6 bilion yang dikatakan diterima daripada derma Arab, kalau tolak RM1.5 bilion belanja PRU13, maksudnya tinggal RM1.1 bilion.

"Macam mana dia boleh kata dia pulangkan RM2.03 bilion kepada Arab? Benda itu saya rasa budak kecil pun boleh faham yang angka-angka ini tak betul.

"Jadi, bohong dengan bohong ini dah jadi berimbun-timbun, kita pun tak tahu mana yang benar dan mana yang tak benar. Tapi saya ingat lebih 100% lah tak betul," katanya dalam satu video yang dimuat naik di dinturtle.blogspot.com.

Pada Januari lalu, Peguam Negara Tan Sri Mohamed Apandi Ali berkata, Najib sudah mengembalikan semula sebahagian wang RM2.6 bilion yang diterimanya kepada keluarga diraja Arab Saudi.

Menurutnya, pada Ogos 2013, AS$620 (RM2.03 bilion) dikembalikan kepada penderma itu kerana dana tersebut tidak diguna pakai.

Mukhriz menceritakan, pada satu perjumpaan pengerusi-pengerusi perhubungan Umno negeri dengan presiden parti, setiausaha agung Tengku Adnan Tengku Mansor (Ku Nan) pada mulanya mencelah mengatakan wang RM2.6 bilion itu banyak digunakan semasa PRU13 apabila Mukhriz bertanya soalan itu kepada Najib.

"Ku Nan pula yang menyampuk, presiden sendiri tak jawab. Dia kata, sebenarnya kita banyak menggunakan wang ini untuk PRU13. Dia kata, kita kena belanja banyak nak pastikan kita menang.

"Tetapi dia kata, dia tak boleh kata berapa banyak dah dibelanjakan. Tiba-tiba, presiden menyampuk. Dia (Najib) kata, 'Saya boleh kata berapa banyak kita belanja'.

"Katanya (Najib), pada PRU13, kita belanja RM1.5 bilion," kata bekas menteri besar Kedah yang dilucutkan jawatannya awal Februari lalu dalam video itu.

Mukhriz berkata, beliau terkejut Putrajaya membelanjakan wang sebanyak itu untuk PRU13 kerana hasil daripada keputusan pilihan raya itu tidak memberangsangkan berbanding sebelum ini.

"Kita belanja RM1.5 bilion. Saya terkejut bila saya dengar presiden kata begitu. Sebab saya kata, RM1.5 bilion dan kita kalah 7 kerusi di Parlimen.

"Kita tidak boleh nak menyamai atau pun dapat keputusan lebih baik daripada PRU12, zaman Pak Lah (Tun Abdullah Ahmad Badawi)," katanya.

Katanya, pada perjumpaan mereka itu, Tengku Adnan kemudian menempelaknya dengan mengatakan Mukhriz masih muda dan tidak tahu apa-apa mengenainya.

"Saya kata, orang muda ini sudah menawan balik negeri Kedah. Kita menyumbang daripada 4 kerusi jadi 10 kerusi Parlimen.

"Dan kita berjaya menawan balik Kedah, hati rakyat daripada PAS. Jadi jangan nak perlekehkan keupayaan Umno Kedah.

"Saya duk fikir balik, RM1.5 bilion, ke mana pergi duit itu? Saya tak nampak yang kita dah belanja macam itu pun, hasilnya tak berapa memberangsangkan.

"Dulu-dulu kita tak pernah belanja seberapa banyak macam itu pun, kita boleh menang dua pertiga," katanya. Sementara itu, menurut naib presiden Gabungan Ketua Cawangan Malaysia(GKCM) Rushdan Mohamed yang turut hadir pada majlis di Kelantan itu, beliau tidak terkejut dengan kenyataan Mukhriz itu.

Pada masa sama, beliau berharap presiden parti dan setiausaha agung dapat memberikan jawapan sebenar berhubung isu tersebut.

"Sekarang apa yang nak terkejut, Najib boleh buat apa-apa saja.

"GKCM berharap kalau boleh pihak media sendiri bertanyakan kepada yang mengeluarkan kenyataan, iaitu Mukhriz.

"Tetapi lebih baik juga minta media bertanyakan nama-nama yang disebut Mukhriz tadi. Kepada Najib, Ku Nan, mana satu betul?" katanya ketika dihubungi The Malaysian Insider hari ini.

Rushdan turut bersetuju dengan kenyataan Mukhriz yang jumlah RM1.5 bilion yang dibelanjakan untuk PRU13 sepatutnya menghasilkan keputusan yang lebih memberangsangkan berbanding sebelumnya.



"Jadi, kita tuntut pihak wartawan mendapatkan cerita sebenar daripada nama-nama tadi," katanya lapor The Malaysian Insider

Video oleh Din Turtle sila lihat di ( SINI )

IS Cuba Nak Culik Najib Tahun Lepas Zahid Kata?

Posted: 07 Mar 2016 08:17 PM PST


Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi hari ini memberitahu Dewan Rakyat, terdapat cubaan untuk menculik Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak pada tahun lalu oleh kumpulan militan Daesh.

Menurut Zahid yang juga menteri dalam negeri berkata, kumpulan pengganas tersebut turut menjadikan beberapa orang pemimpin tertinggi negara sebagai sasaran mereka untuk diculik.

"Kumpulan ini (Daesh) turut menjadikan beberapa orang pemimpin tertinggi negara sebagai sasaran mereka untuk diculik.

"Pada 30 Januari 2015 seramai 13 orang dengan elemen Daesh telah merancang untuk menculik pemimpin termasuk perdana menteri, menteri dalam negeri dan menteri pertahanan," katanya.

Beliau berkata demikian sebagai menjawab soalan Datuk Abdul Manan Ismail (BN- Paya Besar) mengenai kejayaan Polis Diraja Malaysia (PDRM) dalam menggagalkan plot rancangan serangan pengganas IS di negara ini lapor MalaysiaKini


Hmm.. boleh percaya ke?.. tambah-tambah pulak yang buat pendedahan tu si Zahid Hamidi.. kah..kah..kah..




Kenapa Najib Umum Sumbangan RM1Juta Kepada JDT Sahaja?

Posted: 07 Mar 2016 06:14 PM PST


Umum mengetahui pada awal Januari lalu, Sultan Johor, Sultan Ibrahim Sultan Iskandar telah berkenan memberikan sumbangan sebanyak RM50 juta kepada kelab bola sepak Johor Darul Takzim (JDT).

Kenyataan daripada laman rasmi Johor Southern Tiger, mengatakan bahawa keputusan itu, dibuat kerana Sultan Ibrahim gembira dengan perkembangan bola sepak Johor.

"Tuanku membuat keputusan tersebut kerana baginda amat gembira melihat sukan bola sepak memainkan peranan yang penting dalam menyatupadukan Bangsa Johor dan mengharumkan nama Johor di persada dunia. 
"Tunku Mahkota Johor Tunku Ismail (Sultan Ibrahim), selaku pemilik kelab bola sepak JDT menjunjung setinggi-tinggi kasih kepada Tuanku atas kurniaan kepada JDT tersebut," 

Dalam lawatan kerjanya selama sehari ke Johor, Ahad lalu.. selain melancarkan Pelan Pertumbuhan Strategik Negeri Johor, Najib juga dilaporkan melancarkan Rancangan Pembangunan Komprehensif Ke-2 Iskandar Malaysia (CDPii) di Stadium Educity, Iskandar Puteri.

Selain itu, Najib juga turut serta dalam perasmian projek pembangunan hartanah Forest City di Gelang Patah oleh Sultan Johor Sultan Ibrahim Almarhum Sultan Iskandar dan Najib juga merasmikan Pusat Transformasi Bandar (UTC) Johor di Galleria..

Tak apa.. itu semua bagus untuk rakyat Johor..

Cuma yang aku tak faham ialah mengapa Najib mengumumkan Kerajaan akan menyumbangkan RM1 Juta kepada JDT sedangkan JDT telah menerima sumbangan sebanyak RM50 Juta dari Sultan Johor?

GELANG PATAH: Kerajaan memberi sumbangan sebanyak RM1 juta kepada pasukan Johor Darul Ta'zim (JDT) untuk pembangunan sukan bola sepak di negeri itu.  
Sumbangan disampaikan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak kepada Presiden Persatuan Bola Sepak Negeri Johor, Datuk Ismail Karim di sini sebentar tadi pada majlis perasmian projek Forest City ~ Berita Harian

Kalau dikatakan Kerajaan nak membantu pembangunan bola sepak negeri.. sebagai Kerajaan Pusat, Kerajaan sepatutnya memberikan sumbangan yang serupa kepada seluruh pasukan bola sepak dari negeri-negeri lain, bukannya kepada JDT saja..

Atau.. ini tidak lain dan tidak bukan adalah satu lagi projek beli jiwa oleh Najib.. nak ambil hati rakyat Johorlah ni..sebab dia dah cantas Muhyiddin..



-------------------------------------------------------------------------------

Jom berjuang bersama rakan bloggers di Facebook!

Tunjukkan sokongan anda! Sila Like.

No comments:

Post a Comment

Marilah rakyat Malaysia, berikan pendapat anda supaya anda boleh meluahkan apa yang anda fikirkan kepada semua.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...