Anak Sungai Derhaka

Anak Sungai Derhaka


KM Melaka Akui BN Langgar Akta Pilihanraya PRU13 Lalu..

Posted: 09 Mar 2016 08:30 AM PST


Nak bodek.. tapi kurang cerdik, jadi macamnilah.. Gara-gara nak bodek dan mempertahankan Presiden UMNO yang namanya Najib itu.. Ketua Menteri Melaka secara tak sengaja telah mengakui BN telah melanggar Akta Pilihanraya.

Ketua Menteri Melaka, Datuk Seri Idris Haron mengakui perkara ini dalam usahanya mempertahankan RM2.6 Billion yang masuk ke dalam akaun Najib.

Idris berkata, adalah jelas pada mesyuarat yang telah dideahkan oleh Mukhriz sebelum ini, mereka telah dimaklumkan bahawa lebih RM1.5 bilion dibelanjakan.

Kat bawah ni undang-undang pilihanraya.. bukannya undang-undang tok nenek aku..

Sekysen 19 Akta Pilihan Raya 1954 yang hanya membenarkan belanja RM200,000 bagi calon Parlimen dan RM100,000 bagi calon Dewan Undangan Negeri (DUN).

Mengikut Seksyen 19 Akta Kesalahan Pilihanraya 1954 juga, calon bagi setiap kerusi Parlimen dan kerusi negeri, masing-masing tidak boleh berbelanja melebihi had yang ditetapkan itu.

Mereka yang didapat bersalah, boleh dihukum denda RM5,000 oleh Mahkamah Sesyen, terbatalkan kelayakan sebagai wakil rakyat dan kehilangan hak seorang pengundi.

RM1.5 Billion tu.. cuba bahagi dengan 222 Parlimen dan 576 Kerusi DUN..

Parlimen.. 222 x 200,000 = RM44,400,000.00
DUN 576 x 100,000 = RM57,600,000.00
Jumlah keseluruhan = RM102,000,000.00

Tapi BN dah habiskan lebih dari RM1,500,000,000.00?.. pergh!! berapa kali ganda lebih ni?.. tunggang langgang akta pilihanraya kena langgar..

Laporan berkaitan..

Ketua Menteri Melaka, Datuk Seri Idris Haron mengesahkan bahawa BN membelanjakan lebih daripada RM1.5 bilion pada pilihan raya umum ke-13 lalu.

Bagaimanapun, katanya, jumlah itu tidak semestinya daripada derma politik yang berjumlah RM2.6 bilion yang berada di akaun bank peribadi Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak.

Beliau mengulas dakwaan bekas Menteri Besar Kedah, Datuk Seri Mukhriz Mahathir yang mendakwa Najib pada pertemuan dengan ketua perhubungan Umno mengakui bahawa BN membelanjakan RM1.5 bilion untuk pilihan raya umum yang lalu.

Bercakap kepada Malaysiakini, Idris berkata, adalah jelas pada mesyuarat itu mereka dimaklumkan bahawa lebih RM1.5 bilion dibelanjakan.

"(Tetapi) saya tidak ingat perdana menteri berkata RM1.5 bilion (adalah) dari sumbangan RM2.6 bilion.

"Dia tak kata dari jumlah RM2.6 bilion itu, RM1.5 bilion telah dibelanjakan. Saya tak fikir begitu.

"Terpulang untuk berfikir sama ada ia dari sumbangan RM2.6 bilion atau dari sumber lain," katanya ~ MalaysiaKini

Kalau Pembangkang yang belanja banyak ni untuk menang dan menang PRU13 haritu.. esok lusa terbatallah kemenangan dan PRU semula..

Tapi.. dah depa yang buat.. tak pa.. kita buat tak bolehlah..



Puad!! PHD Tu Dapat Mana?.. Mahfuz Tanya Ni..

Posted: 09 Mar 2016 06:08 AM PST


Saya terkejut bila membaca kenyataan Datuk Dr Puad Zarkashi, anggota Majlis Tertinggi Umno yang menyatakan Tun Mahathir Mohamad mahu menjadikan anaknya Mukhriz sebagai PM selepas menjatuhkan Najib.

Tidak sewajarnya Puad yang juga merupakan bekas timbalan menteri dan bekas anggota parlimen Batu Pahat serta seorang yang memiliki PHD, bahkan kini diberikan kepercayaan oleh Datuk Seri Najib Razak sebagai ketua pengarah Jabatan Hal Ehwal Khas (JASA), tidak tahu syarat untuk menjadi PM.

Kalau dia pun hendak serang Tun M biarlah bagi hujah yang munasabah dan bukannya mengeluarkan kenyataan yang membengong dan membangangkan dirinya sendiri.

Ini buat kenyataan memalukan orang yang ada PHD.



Kenyataan Puad sudah macam tidak ketahuan hala dan tidak boleh membezakan antara anggota Parlimen dengan anggoa Dewan Undangan Negeri (ADUN).

Saya ingin memberitahu Puad bahawa Mukhriz seorang ADUN. Untuk menjadi PM seseorang itu mestilah anggota Dewan Rakyat.

Kalau esok sekali pun Tun M berjaya turunkan Najib sebagai PM, Mukhriz tidak boleh dilantik sebagai PM kerana beliau hanyalah seorang ADUN.

Mukhriz atas sifat sebagai ADUN hanya boleh menjadi MB atau dilantik sebagai anggota Dewan Negara untuk menjadi menteri atau pun timbalan menteri sahaja.

Kecualilah kalau bubar parlimen dan Mukhriz bertanding kerusi Parlimen. Itu pun kalau menang.

Barulah boleh diangkat menjadi PM. Puad ini sudah mengalahkan kebodohan Awang Liku. Mana dia dapat PHD?

Kepada kawan saya Puad, kalau nak bodek dan mengampu Najib pun bagilah nampak cerdik macam betul-betul orang yang ada PHD.

Jangan sampai pegawai JASA bawahan pun gelak dan jangan sampai Aflin Shauki panggil buat uji bakat cari pelawak baru.

DATUK MAHFUZ OMAR

Tuan Ibrahim Pun Tak Percaya Cerita Zahid 'IS Cuba Culik Najib'

Posted: 08 Mar 2016 09:32 PM PST


Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi semalam memberitahu Dewan Rakyat, terdapat cubaan menculik Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak pada tahun lalu oleh kumpulan militan IS.

Katanya, pada 30 Januari lalu, seramai 13 orang "dengan elemen IS" telah merancang menculik perdana menteri, menteri dalam negeri (Zahid) dan Menteri Pertahanan Datuk Seri Hishammuddin Hussein..

Oleh kerana Zahid yang buat pendedahan itu.. aku ni nak percaya dengan tak percaya sama banyak.. pasal dah banyak pendedahan yang dia buat tu tak berasas langsung..



Antaranya...  ada bukti pemimpin pembangkang menjadi dalang pencerobohan pengganas Sulu, lepas tu ada bukti 'Gred A' kononnya Mat Sabu pengikut Syiah dan ada bukti pemimpin politik bersekongkol dengan gangster di Perak.. tak buktinya langsung tak terbukti hingga ke hari ini..

Terbaru pengumuman tentang penanguhan kemasukkan 1.5 Juta Bangla tu.. kata ditangguh tapi ramai yang upload gambar dalam Facebook tentang kemasukkan Bangla yang masih berterusan..

Jadi untuk melihat adakah yang mempercayai dakwaan Zahid itu.. aku download dan uploads semula video dari MalaysiaKini tu ke pages aku dengan pertanyaan 'Boleh percaya ke?'.. lihat di SINI

Terbukti.. bukan aku sorang saja yang tak berapa nak percaya cerita Zahid tu.. malah ramai lagi yang tak percaya, dari lebih 160 komen.. majoriti tak percaya pun..

Begitu juga dalam ruangan komen dalam MalaysiaKini mengenai pendedahan Zahid itu.. dari hampir 400 komen.. majoriti juga tak percaya.. malah ramai yang mentertawakan cerita Zahid itu..

Hari ini.. Tuan Ibrahim Tuan Man dari PAS juga mempamirkan reaksi yang sama.. "Jangan nak alih isu" katanya.. Ha.. ha.. ha..

Laporan berkaitan..

PAS menuntut penjelasan kerajaan berhubung perkembangan lantikan gabenor Bank Negara Malaysia (BNM) bagi menggantikan Tan Sri Dr Zeti Akhtar Aziz yang tamat perkhidmatan bulan depan. 
Dalam masa yang sama, parti Islam itu berharap tiada cubaan dilakukan bagi mengalihkan perhatian rakyat daripada isu penting tersebut. 
"Jangan biarkan berita-berita seperti cubaan penculikan setahun lepas mengalihkan perhatian rakyat daripada perkara yang lebih penting," katanya. 
Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi semalam memberitahu Dewan Rakyat, terdapat cubaan menculik Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak pada tahun lalu oleh kumpulan militan IS. 
Katanya, pada 30 Januari lalu, seramai 13 orang "dengan elemen IS" telah merancang menculik perdana menteri, menteri dalam negeri (Zahid) dan Menteri Pertahanan Datuk Seri Hishammuddin Hussein. 
Berhubung calon gabenor baru, PAS juga mengingatkan bahawa pengganti Zeti mesti dipilih daripada pihak yang tidak pernah terlibat dalam kabinet Najib. 
Timbalan presidennya Tuan Ibrahim Tuan Man berkata perkara itu penting untuk menjaga imej dan integriti BNM. 
Ini kerana, katanya lagi, perdana menteri masih tidak menyaman media antarabangsa The Wall Street Journal (WSJ) yang mula-mula melaporkan dakwaan skandalnya dalam isu 1MDB. 
"Calon yang menggantikan Gabenor Bank Negara Malaysia Tan Sri Dr Zeti Akhtar Aziz mestilah dari kalangan mereka yang bebas politik," katanya. 
Sementara itu, PAS juga memohon Zeti diberikan lanjutan kontrak sekiranya laporan audit 1MDB memerlukan beliau mengambil tindakan tertentu. 
"Biar Tan Sri Zeti memenuhi hasratnya untuk melihat isu 1MDB diselesaikan sebelum bersara," katanya lapor MalaysiaKini

Yang aku paling hairan ialah.. IS nak culik Najib tu.. kalau dijadikan headline suratkhabar.. laris jugaklah surat khabar tu.. tapi kenapa tak adapun suratkhabar yang melaporkan berita tu tahun lepas?



'Tumbuk Mahathir Biar Hilang Gigi’, Khairuddin Buat Laporan Polis Terhadap Ramesh Rao

Posted: 08 Mar 2016 07:23 PM PST


Bekas pemimpin Umno Datuk Seri Khairuddin Abu Hassan hari ini membuat laporan polis terhadap pemimpin Pertubuhan Minda dan Sosial Prihatin (PMSP) Ramesh Rao kerana untuk menggesa pihak polis untuk menagkap dan memukul bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad.

"Ramesh Rao, tolong jangan nak tunjuk samseng jalanan! Kalau ada hati nak jadi pemimpin; perkemaslah sikit perangai tu.

"Rupa hodoh tak apa tiada masalah tapi kalau perangai hodoh susahlah nak jadi pemimpin," katanya kepada Malaysiakini ketika dihubungi.

Dalam laporan polisnya, Khairuddin berkata beliau percaya Ramesh mengugut dengan niat untuk mencederakan Dr Mahathir.

"Ia merupakan satu ugutan dengan niat secara sengaja untuk mencederakan Mahathir yang bercanggah dengan undang-undang negara ini," katanya dalam laporan polis berkenaan.

Khairuddin berkata, kenyataan yang berunsur ancaman itu adalah tidak wajar bagi seorang pemimpin NGO pro-Najib yang kononnya mendukung kesedaran sosial.

Menurut beliau, dirinya mengikut lunas undang-undang apabila tidak bersetuju dengan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak berhubung skandal 1MDB iaitu dengan membuat laporan polis, SPRM dan dengan pihak berkuasa di luar negara

Semalam, Ramesh membuat laporan polis terhadap Mahathir dan kumpulan 'Selamatkan Malaysia' kerana mendakwa mereka cuba menggulingkan Najib melalui cara yang tidak demokratik Ini berhubung Deklarasi Rakyat, Jumaat lalu yang menggesa penyingkiran Najib mengikut saluran undang-undang dan perlaksanaan pembaharuan institusi.

Ramesh juga mendakwa bahawa kumpulan itu telah menyewa 250 bas untuk membawa 100,000 penunjuk perasaan yang dibayar bagi menghadiri perhimpunan pada 27 Mac ini lapor MalaysiaKini



-------------------------------------------------------------------------------

Jom berjuang bersama rakan bloggers di Facebook!

Tunjukkan sokongan anda! Sila Like.

No comments:

Post a Comment

Marilah rakyat Malaysia, berikan pendapat anda supaya anda boleh meluahkan apa yang anda fikirkan kepada semua.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...